Ustaz,Mu tunggu aku datang! Full Movie .



Sebenarnya minggu lepas lagi aku nak bawak family aku tengok cerita ni kat wayang,tapi tapi..disebabkan banyak hal yang tak dapat dielakkan ,kami decide tak payah la pergi tengok wayang,tunggu online je (eh,kantoi kantoi kantoi :P ) . Last-last adik bongsu aku jumpa link cerita ni,aku pun apa lagi,hadap la setengah jalan cerita ni. Esok la tengok seround balik, sekarang tak boleh tidur lambat sangat. Mata taknak beri kerjasama. Malam je mata bengkak.sedih,sejak bila aku alergi alergi bagai pun tak tahu lah!


Cerita ni aku nak sangat tengok pasal ada ustaz azhar idrus, walaupun ramai yang tak suka dia,tapi kisah pulak aku kan. Tak yah la nak politikkan sangat hal agama.lemas! (ops,ada ke pembaca aku yang tak suka UAI ni?sorry,lol)

Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang! Full Movie :)






Sinopsis :-

Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup. Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung kepadanya,sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua,memang terpesong dan tidak pernah solat. Bagaikan satu sinar,suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukau dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka. Insiden itu,terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun,tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid,mereka di duga dengan pelbagai musibah. "




Haaaa,nak tahu berjaya atau tidak jom ke Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang full movie disini. Kesian diri ini,orang lain agaknya dah berulang kali tengok,aku baru nak tengok,hampehkan disitu T_T


Sambung tengok esok pulak,mata makin teruk,selamat malam <3

Selamat Menonton!

6 ulasan:

  1. Ena minggu lepas baru tengok.. boleh tahan la cerita dia.. hehehehe

    BalasPadam
  2. macam menarik baca sinopsis nya...ada masa nnti nk tgklh...

    BalasPadam
  3. Saya belum lagi tengok cerita ni. Masi tenga cari review tentang filem ni.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..