Ruang iklan berbayar,berminat? klik sini

30 November 2011

Aku mohon..

Assalamualaikum




Aku pasti setiap detik aku bergembira,
tetapi setiap detik itu jugalah kita terus dihanyut oleh setiap kegembiraan,

Aku tidak pasti mengapa kebelakangan ini hati aku selalu sebak,
Ya Allah,kuatkanlah semangat ku ini,

semakin dewasa semakin banyak perkara diduga dan diuji,
Namun,aku mohon satu..tenangkan lah fikiran ku ini,

Mungkin aku perlu bersendirian kerna bersendirian itu adalah keindahan :'(
God willing


sorry for this entry and my feeling~

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

29 November 2011

Dulu dan sekarang

Assalamualaikum semua! tajuk kat atas tu aku rasa tak kait kot dengan cerita yang aku nak cerita jap lagi ni,haha! actually, saipa ampa duk kata aku tak tidoq haa?aku tidoq tau,tak semestinya ampa tengok 'bulat hijau' kat facebook 24:7 aku online, dush pala ampa sat g kot,grrr! twitter?sorry,i tade twitter,lalalala..i ada myruang jak :P


hmmm,kadang-kadang ber-blogging nak tergelak pon ada,sebab aku gelak bukan nak perli ke apa,tapi baca cerita-cerita korang membuatkan aku turut happy and happy and happy and happy,hiks..


dari aku blogging ni,macam-macam aku dapat..paling penting kawan.. tah,aku rasa blogging ni tak sama kot macam facebook.. kita add,pastu terus buat dono..kalau blog..asal je update mesti kita amik port sekali siap komen..and aku rasa dari situ persahabatan di alam maya semakin rapat! betul tak wei? alaaa,betoi kan jela,wahaha :P




nahhh, walaupun huduh aku edit tapi aku ikhlas,
aku pon tatau sebab apa aku buh gambaq aku tu,huhu..gambaq tu masa
kat kampung(kelantan).. wahahehuhohi




dari aku kenal zuan dulu sampai sekarang,memang banyak perubahan di blog dia,setiap entri pon memang aku rasa dah cukup mantap..good job zuan zuana! :P


banyak jugak blog yang selalu aku keep in touch! antaranya.. umie goreng, lea isnawi bukan anak mawi, hazanis makwe aku(haha),kim heerul bukan nama sebenar, daeng abu, ila honeybunny buatan manusia, arisha gadis kacak, ym bundle bukan sampah, adik kura-kura kesayanganku, paris tea lipton ,daddylicious bersama ibu dan twins comel, chuu muqlis yang sempoi, si ngok ngek yang memang ngok ngek, anisa hang bertuah, cikpia tekong butik, pondok usang pon okay, wanie tokei doodle, budak penjara yang comel (haha), aischa bukan adik scha, iznie bahasa sastera, aki klaka sarawak, si madi berlakon nak jadi robot, ardini humaira tak lama lagi berdua, starzieti bukan kembar, ain ssb gadis england, amir fx pakwe sarawak, ekabukanmakcikkau yang mereng, fathiah hamim mak kucing, sleeping maniac kaki auta (haha), syrupmasin pakwe kenchana dewi..



dan banyak lagi,maaf ye kalau aku tak sebut...yang aku tak sebut tu bermakna di hati aku lah tu.. aku hargai sangat dengan kehadiran korang di blog aku, terima kasih kerna sudi membaca setiap penulisan aku ..walaupun tak sehebat yang lain,huhu T_T


i love you kawan-kawanku diblog! andai diberi peluang suatu hari nanti,aku rasa nak je jumpa ampa...

okay lah,aku nak p teqqiak bawah meja sat,tetiba entry macam tacingkan...
fafai~

p/s: nama kat atas tu! chillax :P

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

27 November 2011

Kepelikan -..-"


jam 10.00PM

kaklong: kaklong kenyang dah..
umi: hmmm
kaklong: nak tido dah..
umi: mu tu yolo la nak tido,tah tido atah kusi (duduk sambil online)
kaklong: beto la ni..
uncle: eh,kaklong nak tido dah?



Assalamualaikum bebeh! dah baca dah perbualan antara aku,umie and uncle aku?dah kan.. so, ampa nampak dak kepelikan di situ..betapa peliknya kalau aku cakap nak pada jam 10malam,muahahahaha...


ada sekali tu auntie aku tanya, 'bukan kaklong tak tido ke ?' aii soalan.. mencabar sungguhkan,tu soalan version perli ke macamana tu auntie hoi,geram nih.. tau la tak dapat ber-farmville di laptop anak saudaramu ini,haha..


walaupun farmville ni mainan yang agak lapuk jugak,tapi aku tatau la auntie aku ni tetap gila dengan game tu,haha..ada 1 hari tu dia sanggup bangun jam 4pagi dan masa dia on laptop aku tersedar terus tengok jam di henpon,peh! gini la caranya kalau berebut laptop,muahahaha.. :P


dicekau dari pocik google.. poster dia macam seram gila vavi kan, tapi tak seram pon, aku baru tengok semalam sambil menutup mata dengan selimut.. (kata tak seram).. sapa yang tengok
cerita ni? eh,aku nak tanya ni..fathia ada berlakon dalam cerita apa eh?yang dia pakai tudung,cepat kembalikan ingatan aku,aku lupa
fafai~

p/s: tajuk tatau buh apa,aku tibai ja la buh kepelikan walaupun ianya tak la pelik sangat,sekian~

p/s:untuk pengetahuan korang,aku layan al-hijab ni kat youtube jerrr..(bapak sadis ayat ko onie,haha) bape rating? okay,aku buh 2.5 ^_^

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

26 November 2011

Awal muharam(Maal Hijrah)

Esok umat islam akan berjumpa dengan bulan islam iaitu awal muharam(maal hijrah) ... hijrah perjuangan,hijrah itu membentuk persaudaraan ..tetiba teringat masa zaman sekolah,mesti ada masuk pertandingan nasyid pastu perarakan beramai-ramai...rindu saat itu..


sempena awal muaharam yang tak lama lagi,onie nak kongsi sedikit apa ada pada AWAL MUHARAM :)




PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Jangan lupa baca doa awal tahun dan akhir tahun ye,buku baru akan ditutup dan hiasilah buku kita semua dengan amalan-amalan yang baik :)

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA.



dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

25 November 2011

apakah etok?

Assalamualaikum semua..tetiba terindu dengan satu makanan yang kat puncak alam takkan beroleh.. ya! makanan orang kelantan,yaa!aku ore kelate so ado aku kesoh aku ore kelate ko gapo..?


tajuk aku tu korang ingat mesti sebuah kereta or sebuah kondominum or seketoi stuff yang comel-comel?tapi, etok itu adalah makanan,haha!nak tau apa etok?



ok!gambar atas tula etok, kira spesis kerang tapi dia hidup di sungai yang cetek..kalau air sungai ni surut..sah-sah etok ni banyak,masa tu la para nelayan mengokok (bahasa kelantan) etok ni..macamana? dan apakah mengokok tu?ok! gali pasir ke dalam sungai dengan menggunakan raga atau jari pon boleh,then raga tu ditapis ke dalam air beberapa kali untuk mengasingkan etok dan batu-batu kecil..


rasa dia?serius bila korang makan taknak berhenti,sape yang makan tu tau la rasa dia macamana.. aku kalau balik kampung kelantan tu, atuk aku mesti belikan etok ni,makan la sampai kecut jari..kecut bibir..kadang gigi pon terasa tumpul sebab kita bukak guna gigi kalau nak makan, baru ada feel gituh,haha!


so sape yang tak penah makan tu jom pakat g ngokok belake,haha
fafai~

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

24 November 2011

Adik aku punya soalan..

Assalamualaikum semua,ekekekeke...rajin beno kamek polah entri sekarangkan,sik pa..next month ampa bakalan kurang jumpa aku,huhu..

hari ni otak kamek lupa nak bius,that's why la kamek berasa diri tok agak kureng sikit harini..dengan tok kamek mok polah entri pasal adik kamek,sekali sekala kasi depa interprem dalam entri kamek sikda masalahkan (konfem ada yang geleng-geleng hidung baca ayat aku ni,paham dak wei?haha)


dicekau dari pocik google

masa sedang dinner...

adik: abah,tulang ikan ni boleh makan tak?
abah: boleh,makan jela...
adik: eh boleh ke?tak tercekik ke nanti?
abah: cuba la dulu..
aku dengan umie: ?????????????


elok lah tu,anak borek bapak rintik..aku dengan umie aku mampu tersengih je,haha..


fafai~
p/s: gambar kira nak besaq ja,haha

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Sebab makan ni aku demam..

Assalamualaikum semua..kabare? tajuk kat atas tu macam nak dipersalahkan je kan.. sebab makanan aku demam atau sebab aku yang makan tak ingat dunia? nak diceritakan semalam abah aku beli durian 6 biji tak silap..dengan harga RM15! peh,murahkan murahkan..


sampai je kat rumah, abah umie terus duduk kopek durian ni sambil layan bola, aku pon apo laie, terus bersila dan terus sapa beberapa ulas durian, sedap! amik lagi..sedap!amik lagi..sampai la 3 biji durian aku lahap..masa duk makan tu,aku cakap kat abah .." abah,sedapnya..lepas makan mesti menyesal sebab bau mulut pastu pening kepala"




sapa kata ni buah betik memang tak lama ah tu,haha..

dan bangun je tido pagi tadi,aku rasa macam tak sedap badan,betul la apa yang aku cakap kat abah semalam..dah la harini aku kerja, ni pon rasa pening pastu loya,selagi aku tak muntah selagi tu aku tak selesa..mc aku taknak amik,malas! lagi pon kat office ni bukan buat apapon,serve customer je..selebihnya goyang kaki,hewhewhew..dan harini abah anta aku p keje,haha *aduh pening-pening kepala*


tetiba alergi tengok durian..tulah mocik oi,lenkali ang makan kasi ingat dunia sama,jangan tau sedap ang makan, dah tau diri tu tak ley sangat dengan durian makan taknak beringat,terima la.. T_T


p/s: 3 hari lagi awal muharam.. rindu dekat lagu maal hijrah,teringat aktiviti masa kat sekolah,masa ni lah kita perlu melakukan hijrah dalam diri dan yang pasti cotiiiii :P

p/s: mengira masa :)

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

23 November 2011

Sambungan entri lepas ..

Assalamualaikum semua.. (sambil lambai-lambai tangan,hiks) maka dengan itu saya ingin promote satu online shopping yang sememangnya membuatkan korang jatuh hati dengan setiap item yang dijual,serious! tak rugi kalau korang terus scroll down dan terus ke page misslily shop ! aku yakin gadis-gadis di luar sana berkenan! taknak cakap panjang ..okay!



scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down
scroll down









dah tengok sendiri? cantikkan? satu item yang paling aku suka
tengok adalah bags! serious cantik gila..so korang jangan
malas jangan buat sombong,kalau nak tengok item yang
cantik-cantik lagi boleh terus ke page misslily shop!

TAK RUGI ! KEBANYAKAN HARGA BAWAH RM50!



EH EH... maaf,bags di bawah ni terus tak available kerna ini adalah beg yang aku
dapat hasil Giveaway di facebook .. tak menyesal aku join Giveaway yang simple dengan
hanya klik share..oyesh! THANK YOU BANYOK-BANYOK AKAK LILY!
SANGAT SUKA <3

KUNING! DAH LAMA AKU CARI BEG WARNA MACAM NI !
AKHIRNYA,TERIMA KASIH SEKALI LAGI AKAK :D
BOLEH ISI MEKAP,ISI JAJAN,ISI DUIT (macam la banyak sangat duit,haha)DALAM BEG NI,HEHE!
ISI TELEKUNG PON BOLEH ..


JANGAN LUPA KE MISSLILY SHOP TAU,YANG PASTI PENGHANTARANNYA
SANGAT CEPAT! TIDAK PERLU RAGU-RAGU ! BARANG TOKSAH KATA,MEMANG CUN !

fafai~

p/s: okay,puas hati ampa.. kan akak lily tu dah bagi tau nak kasi beg, mesti tak pebesaq gambaq tu,hehe... so,hadiahnya adalah beg dan bukan mekap okay sifu!hahaha..

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

22 November 2011

Oyesh! Hadiah dah sampai,nak tau apa? Esok aku update lain

Assalamualaikum bebeh-bebeh ku sekalian,malam ni serius aku tak sempat nak blogwalking bagai, mata aku kata tidur,katil aku kata mari.. so tak buleh buat pa la kalau lagu tu kan,huhu..wei-wei, kaitan tajuk kat atas tu kan,okay ! ampa buleh refer gambar bawah ni..saja nak kasi surprise sikit,huhu..


see ... nampak nama aku tu?



bersambung.....


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Sape tak faham,maaf ^^,

Assalamualaikum semuo,entri ni full aku kecek baso qlate...maah la sapo hok dop pehe tu,di lua kaweley ambo,hiks..ado la semeta takdi my beloved cousin wall post yang bunyi gini:-

kaklong,xbalik kelantan ke?
(pilu je aku dengar soalan dia)

mari baco conversation dari aku dengey cousin aku nim..


yee aku tau dop napok,tapi acu klik pah besar la tu,hehe..
tak faham?padan muka ampa,haha (kejam)


>> okay-okay,seriously aku kekok bila tulis kot bahasa kelantan,jap lagi ada la yang tak sepatut aku tulis kot kelantan aku tulis,haa..kan dah merosakkan bahasa kelantan,hiks..


>> dah baca komen antara kami tu? alaaa,sekali sekala nak tayang wall post apa salahnya kan, kalau sapa yang tak baca tu ampa tak ley teruskan membaca dibawah ni,haha!


>> sememangnya, cousin aku ni lah yang paling aku sayang! kami adalah cucu perempuan yang paling tua..kira macam ni lah,aku yang pertama dan dia(cousin) cucu kedua paling besau antara yang lain, kami memang rapat dari kecik lagi,dari mandi sama-sama hingga masak sama-sama..


>> cousin aku ni nomonyo ekin, kadang-kadang dia ni lagi power jadi tukang masak,kalah aku.. oh ya oh ya, si ekin ni umurnya 16 ,eh betul ke ekin?kaklong tak ingat,haha (kejam) .. eh, kenapa tetiba cousin aku ni ter-interprem dalam entri aku?alaaaaaa..ni tak adil tak adil,haha! apapon,aku sayang si ekin ni~




>> tetiba kalau balik kampung mesti cerita zaman kekecik dulu, cerita dari malam sampai pagi dari pagi sampai malam (napok beno nipunya kan).. korang pon mesti gitu jugakkan, jumpa cousin jumpa auntie jumpa uncle for sure bukak mulut duk gebang zaman dedolu..sebaknya~



Rindu kelantan,bila pulak la nak dapat makan etok..nak tido sekatil dengan nenek,
nak gurau-gurau dengan saudara mara,hmmm
fafai~

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

21 November 2011

Macaron akan berada di depan anda bila...

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”

macaron


good luck kak yan ! :D

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Objektif dan Subjektif..

Assalamualaikum semua.. semalam kan aku kan tak dapat online,sebabnya auntie aku berebut laptop dengan aku..berebut sebab dia nak ber-farmville,huwarrrr! last-last aku tidur je semalam..



apa yang korang boleh gambarkan dan huraikan tentang gambar di atas? aku kalau tengok mesti aku blur nak pilih jawapan yang mana..that's why, antara objektif dan subjektif aku pilih subjektif kerna hanya kita yang boleh beri jawapan berbanding objektif yang kena pilih..


Walaupun setiap objektif mempunyai jawapan,namun bukan senang untuk memutuskan jawapan yang mana lebih tepat dan betul.. tak kisah la,Objektif dan Subjektif dari segi apa pon..


Jawapan ditangan anda semua :)






dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

20 November 2011

CONTEST : Get The LOOK With MADAMMONDOQ

Assalamualaikum semua.. contest yang takkan dibioooo kan ni, jom baca satu persatu bebeh..


nampak banner ni? ingin tahu lebih lanjut sila klik,hehe..


Madam,
Madammondoq
http://madammondoq.com

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawasanya saya, meaw/onie tuan tanah pada blog letopkeypad.blogspot.com akan menyelesaikan segala syarat untuk menyertai 'contest' ini.

2. Untuk makluman tuan/puan/cik yang membaca surat ini, saya sekarang sedang menetap di malaysia dan beralamatkan di malaysia dan saya telah menjadi pengikut pada madammodondoq dan ber-id kan Onie Iyoko. id fb ,onie iyoko dan fanpage sudah di like juga.

3. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, madammondoq telah berjaya tersenarai TOP 4 FINALIST!peh sungguh hebat madammondoq kita ni.. (sah kena reject kalau bagi cikgu bahasa baca surat aku ni,haha) ..okay, disebabkan madammondoq kita telah berjaya tersenarai TOP 4 FINALIST makanya,kita blogger sesama blogger dan tak kisah la rakan alam maya,sudi-sudikan lah vote madammondoq,support sesama komuniti kita :D

4. Dengan itu, korang semua kena jelajah VIDEO GI JANE Contest Maybelline's favourite Blogger di SINI dan klik vote! kalau boleh SHARE sekali, hehe.. dan saya sudah VOTE madammondoq..daily vote right?okay terus saya bookmark dan akan vote mulai sekarang,korang pon vote sekali tau! senang je kot vote nya,tak sampai sesaat..

Oleh hal yang demikian, saya berharap agar kalian semua support sesama komuniti kita,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing,harap anda semua sudi membantu :)

Sekian,Terima Kasih

Berkhidmat sebagai participant,
Yang Benar,


yang penting hadiah menarik dan hadiah contest ini ditaja bersama TETIKUSRUSAK.NET (PENAH JUMPA NI,HEHE) dan HAZMANFADZIL.COM .. nak tengok?okay..scroll down,hiks :D


Tempat pertama


Tempat kedua


tempat ketiga


tempat keempat


tempat kelima


dah tengok semua hadiah tu? nak hadiah gitu?apa lagi,jom join contest ni dan menang! sebelum nak menang mesti kena vote madammondoq di SINI.. ingat, tolong-menolong amalan yang mulia :)

kat mana nak vote?















dan apalagi,jom la join contest ni,sambil vote sambil buat entri sambil tu kita pon boleh menang..jangan lupa vote madammondoq okay,hehe..


BOOKMARK OKAY!

DUE DATE:30 NOVEMBER 2011

Good Luck madammondoq !
p/s:jangan kata perempuan je boleh join! lelaki pon boleh,hehe



dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

19 November 2011

Rugi sape tak join Churp-churp..

Assalamualaikum semua .. have a good day untuk ampa,harini aku tak berapa nak good day sebab aku kerja..(mengeluh nampak onie?) disebabkan aku dah lama nak buat pasal churp-churp ni,makanya terlaksana juga harini ..aku harap ampa baca slow-slow step yang aku kasi ni..sebelum tu aku nak cerita sikit apa itu churp-churp..

AMARAN: ENTRI PANJANG,HEHE
  • Churp-churp ini adalah adik beradik pada nuffnang,kira nuffnang kakak..churp-churp lak adik pada nuffnang,gituh!
  • yang tade blogspot pon boleh join,hanya menggunakan facebook atau twitter..kalau ada facebook dan twitter lebih baik,senang sikit income nak masuk..
  • pelik macamana duit boleh masuk? nak tau macamana dia masuk,scroll down :)

aku pasti korang mesti samar-samar lagikan apa itu churp2,yang dah tau dan pro tu tidak menjadi masalah..yang belum join apakata sign up dulu untuk lebih faham, tak sampai 5 minit pon..

klik kalau nak nampak besaq lagi...

  1. Display Picture beserta no.followers pada facebook dan twitter, follower di twitter memainkan peranan yang penting..
  2. Earning yang diperolehi akan dinyatakan di situ.
  3. Recently completed and earnings..di situlah kita tau iklan apa yang diklik beserta earnings
  4. Social sharing ini lah akan kita kongsikan samada di facebook,twitter,blog,IM atau emel.
  5. Social seeding adalah tugasan kita untuk mengiklankan berserta T&S
  6. Bila nampak social sharing bermain di dasboard korang,klik keep sharing untuk iklankan..nasihat aku pada korang, lebihkan iklan pada iklan per unique click :)


7. Avatar itu adalah mereka yang telah share kan iklan depa.
8. Kalau korang tak faham lagi benda apa yang patut buat dan tak patut buat boleh refer di situ.
9.Contohlah,kalau korang tiada idea untuk guna ayat apa pada setiap iklan korang,korang boleh terus ambil di situ.
10. Nak cepat,nak senang ..klik je button share .
11. Auto-sharing,means..kalau korang malas nak login then nak share satu persatu boleh set kan bagi auto-saving.

Ini ada di bahagian setting, kalau korang perasan ianya terdapat di kedudukan atassss sekali.. yang ke-12 ni penting..please un-tick,sebab ini iklan rokok dan iklan al-cohol..



yang untungnyakan,earning churp-churp cepat masuk! nuffnang lambat sikit,nuffnang tu bergantung pada orang datang di blog kita dan orang klik iklan..churp-churp ni lain sikit, kalau korang ada kenal dengan orang yang join churp-churp ni bolehlah sama-sama bantu untuk klik dan kalau korang rajin share iklan memang umphh lah,sape yang kenal aku di facebook tu mesti tengok aku selalu share iklan dari churp-churp..


dah klik iklan churp-churp tu please jangan terus close page tu terus,bagi abis loading dulu baru boleh close..


aku tau ramai yang blur pasal social seeding ni,sebelum tu aku nak bagi tau,social seeding ni memerlukan 25 followers di twitter dan aktif dengan twitter.. okay, social seeding ni dulu dikenali sebagai schedule tweet.Social seeding ni adalah iklan pendek yang korang kena compose/draft sebelum ditweetkan pada orang ramai melalui Twitter. Iklan ni korang kena buat yang dapat menarik perhatian pembaca dan juga media pengiklanan tu,tapi aku selalu buat ayat biasa-biasa je,hehe... tapi korang jangan sesekali lupa untuk letakkan LINK DAN KEYWORD yang diberikan.importance,that's all.. if done, just wait for approving by churp-churp :)

sedikit info dari aku:-

serius,mesti ada yang kata,betul ke earning masuk dengan klik iklan sahaja?
yup,memang masuk..dulu masa aku buat memang susah gila nak dapat earning, satu hari tu aku ada baca tutorial dari blogger then start dari tu aku rajin share iklan di facebook dan twitter..

cash out?
okay! dah cukup RM100 baru boleh cash out, tapi aku suka kumpul lebih dari tu.. kira macam tabung aku jugaklah..

macamana pulak nak dapat duit tu nanti bila dah cashout?
okay listen, bila kita dah klik CASH OUT, kita kena sahkan adress kita dulu betul atau tak,kalau tak sila betulkan,kalau tak korang takkan dapat cheque..see? thru cheque ok..

masa yang sesuai untuk cash out?
macam nuffnang juga, seeloknya akhir bulan la kalau nak cash out jika earning korang dah mencapai RM100++ .. kalau korang cash out pertengahan bulan memang 2 bulan seterusnya la korang dapat,huhu..

tips macamana nak dapat earning(duit) banyak?
okay,sila rajinkan diri anda untuk share iklan :)

iklan?share?kempen?
oh lupa nak bagi tau,benda ni adalah sama je..nak panggil iklan boleh,nak panggil kempen boleh,depend on you~


see? hanya share iklan korang akan dapat duit..
kalau berminat jom sign up sekarang..
dan kalau nak tunjuk ajar aku boleh add aku di facebook..
thank you for reading..


p/s: korang keje online jeeeeee,apakata sign up churp-churp..bukan senang dengan online je dapat duit,aku tau banyak iklan pasal login je duit masuk,tapi aku lebih percaya pada nuffnang dan churp-churp..so, kemon la..jom jana pendapatan sampingan dari churp-churp .. jangan tanya earning aku berapa, yang penting tak sampai RM100 lagi,haha!


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

18 November 2011

Student tuh,pon dah boleh pakai tab bagai, iPhone pulak ...

Assalamualaikum semua,duh! tajuk tak reti kasi pendek dah,huhu... wei-wei,puas hati dak tengok page lomokaki? mesti puas kan,aku tau ada yang tak berminat ..kata dalam hati dah la,jangan kekecoh boleh tak? hoho.. (garang ni garang)


Tetiba aku rasa nak keluarkan isu ni la,isu yang telah lama terkubur di memori aku,acececey... aku rasa korang pon mesti terfikir gak kan,macamana la student-student(IPTA/IPTS/Sekolah) sekarang boleh pakai tab,boleh pakai iPhone,Galaxy SII,BB bold and etc.. aku ingat,benda ni sekupang dua,rupa-rupanya..tudia aih! tak murah wei, beli banglo seketul pon dapat .. (napok beno nipunya)



aku penah pegang ja iPhone ni, nak pegang selamanya belum lagi..iPhone dak da lani, yang
paling latest galaxy note kan? tah,aku bukan tau sangat henpon bagai ni..sebelum aku terlupa,birthday aku tak lama lagi ni, ada sesapa nak hadiahkan aku benda macam ni dak?yang mainan sorry aku tak layan,kroh~



amboi onie,cerita ang ni serupa tak puas hati je kan,jeles lah tu tak dapat pakai macam depa,haha! jeles?sorry,tak pernah nak jeles okay.. aku tanya ja,ampa dapat duit dari mana?aku teringin nak tau..kalau yang pak tan sri,dato' mak pulak datin,puan seri aku tak kisah..ni yang bukan mak pak tan sri ampa guna duit tang mana? (sebok gila aku ni,haha)..


Alaaaa,aku bukan nak kata pa,aku teringin nak tau ja *muka innocent*



Oh,mungkin korang simpan duit dari kecik sebab nak beli benda gini kot,mungkin.... *muka pandang ke atas kening dikerutkan mata pejam tutup pejam tutup*


aku syak jap lagi mesti ada yang terasa,sapa makan lada,dia yang terasa berapi,sekian~
fafai~

p/s: wei-wei,aku menang GA fb shared doh, tak sabaq tunggu hadiah sampai, kang dah sampai aku memuji di sini ye,miahahaha.. -..-"

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

17 November 2011

Lomokaki terbaik..

Assalamualaikum semua.. dari bulan punya bulan punya bulan lepas lagi aku usha lomo, last-last semalam aku terjumpa satu shopping online kat fb,pehhh! memang setai gila baq ang.. aku kalau dah jumpa memang hari-hari ,eh bukan hari-hari..everytime aku usha...tunggu masa je ni,hoho..

okay,jom kita usha lagi kat bawah ni,konfem hinguih ampa leleh tahap overdose+overdose+overdose=3kuasaoverdose (hamik kau)..


FUJI INSTAZ MINI 7S, 25


Penah tengokkan yang ni?


HOLGA GA GA GA


holga? aku prefer kalau ampa nak beli, ampa pilih kaler gini,kan ke setai warna macam ni?
aku paling caiyooo warna macam ni la dan yang ni adalah sesuai untuk beginner macam aku..(eh?)
(nak tebus kat admire aku la,bufday tak lama lagi ni,haha)



okay aku saja taknak buh gambar banyak-banyak,aku nak ampa sendiri p usha kat page lomokaki ni,memang leleh hinguih ampa,serious! (serious bagi yang berminat jela) aku tunggu masa je ni,aku nak beli sesorok,ampa tau la...gaji aku parents aku pegang,miahahaha! so,mengambil masa untuk aku cekau satu..


aku nak benda ni bukan sebab aku tiru orang ..bukan bukan.. aku nak sebab benda ni setai gila kot,boleh buat collection kat dalam bekas mekap aku (eh?)

ohya ohya..yang paling best pada warga penang, lomokaki ni dia dah bukak outlet di penang,gurney! promotion? ada! tak caya ampa p terjah page dia..rugi sape tak p,yang pasti aku adalah golongan yang rugi,huhu...


code tu?ehemmm.. tak rugi sapa yang minat benda ni, walaupun perlu keluarkan duit untuk beli filem tapi serious tak rugi,kalau dah minat apa salahnya kan ... lomokaki tahniah for grand opening .. ohya! aku rasa price setiap lomo tak lah mahal sangat,murah bagi yang berkemampuan ..berminat?apa lagi, p la usha sekarang!:D

apa yang terbaik? aku tatau sangat pasal kamera-kamera ni (noob) ... ampa suka hat mana? filem lak?aduhhh, katak di bawah tempurung betul lah aku ni..huhu



fafai~


p/s: aku tengah usha fish eye dan diana f+ ni... aku kalau nak beli something,betul-betul aku survey,huhu...please recommend web atau page kalau ada :)

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Anugerah blog dan blogger paling popular

fixx mikz,
Fixx Mikz Official,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawasanya saya, meaw/onie tuan tanah pada blog letopkeypad.blogspot.com akan menyelesaikan segala syarat untuk menyertai 'contest' ini.

2. Untuk makluman tuan/puan/cik yang membaca surat ini, saya sekarang sedang menetap di malaysia dan beralamatkan di malaysia dan saya telah menjadi pengikut pada fixx mikz dan ber-id kan Onie Iyoko. id fb ,onie iyoko dan fanpage sudah di like juga.

Oleh hal yang demikian, saya dengan segala hormatnya mengetag queila dan wanie. Harap penganjur contest ini menerima permohonan onie.

Sekian,Terima Kasih

Berkhidmat sebagai participant,
Yang Benar,



__________________________________________________________________________


seriously mesti korang terkejut kerna apa tujuan aku update untuk kali ni, tengok tajuk dah faham?bila ada surat kat atas aku syak ampa mesti pelikkan,okay-okay..sebenarnya ini adalah contest untuk menghargai blogger-blogger yang sedia ada sama ada yang baru mahupun yang lama..sama-sama kita mengeratkan hubungan silaturahim antara blogger-blogger di malaysia..



  • untuk pengetahuan korang semua, blog aku ni boleh dikategorikan sebagai personal blog,sebab apa yang aku cuba sampaikan adalah dari bahasa yang mudah difahami dan dikaitkan dengan isu semasa samada secara langsung/tidak langsung..

  • aku terus kekalkan konsep apa yang ada diblog aku iaitu penggunaan bahasa yang bersahaja yang mudah difahami (kadang-kadang je guna bahasa pelik -...-")

  • blog ini diperkenalkan sejak JUNE 2010 dan mula dikenali pada bulan Februari 2011 ..

  • Aku pasti ramai yang ingin tau,mengapa mocik?tua kah aku ni? okay sebenarnya mocik ni memang nama panggilan aku yang dipanggil oleh rakan-rakan sekuliah ku -..-"

okay itu lah serba sedikit tentang blog saya, siapa yang baru terbaca atau teringin tau apa itu nuffnang boleh la klik sini ..


syarat yang perlu dilakukan untuk join contest ini..


dan contest ini berdasarkan undian kalau tak silap dan akan dipilih TOP 20 untuk ke final (betul ke penganjur?) nak tau hadiah dia?sila klik sini .. dan yang rajin meh la join kita meriahkan contest sebegini..


Okay,terima kasih juak pada Umie artoqiemie kerna sudi tag kmk, kmk tau kmk sikda potensi untuk dikategorikan dalam mana-mana kategori,tapi kmk cuba jak ..tq umie


Sekian terima kasih,
kalau ada yang tidak betul harap penganjur tegur saya,
fafai~

p/s: segan nak join sebenarnya,huhu..

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

14 November 2011

Entri jiwang karat ..

Assalamualaikum semua...aku tidak pasti bahawa betul ke aku akan taip entri sebegini rupa? betul ke dengan perasaan aku ni? orang kata tak salahkan sesekali meluahkan apa yang terpendam, bila diluahkan baru lah terasa ringan dalam otak ni..


Heartss


kadang-kadang aku merasakan kosongkah diri ini tanpa dicintai dan mencintai, orang kata kalau bercinta ni mula-mula je manis dah lama rasa manis pon hilang.. tapi kalau tak bercinta macamana nak merasa perasaan tu kan..nak tunggu kahwin memang tak lah,sekarang pon umur aku 21,memang tak lah nak kawen lagi .... fizikal mental tak cekang lagi,payah wooo..



nak bercinta ni kena kental,masalahnya aku tak pernah kental,aku ni berjiwa lembut..pantang bergaduh pasti terbayang CLASH ...oh ya,maybe sekarang ni bukan masa yang terbaik,dan jodoh pon aku tidak nampak lagi,terserah pada-Nya,kerna itu semua telah diatur..


hidup memerlukan pengorbanan.
pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan.
ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula menentukan kebahagiaan.


sebab itulah dalam apa jua liku-liku kehidupan mesti memerlukan Pengorbanan yang berakhir dengan kebahagian..tak kisah la dari sudut pelajaran atau perkahwinan atau persahabatan atau percintaan.. semua itu memerlukan pengorbanan kan..




fafai~
p/s:dah lama rasa tak bederak(marayau) blog ampa,huhu..maaf,dua tiga hari ni aku tak berapa sihat,huhu..

p/s: p/s: aku nak mintak tolong vote gambaq aku yang bajet ayu ni..ampa klik sini (like page admin tau) pastu baru ampa like gambaq ayu aku,miahahaha.. maklum la,gua kalau bukak fb mesti layan contest kat fb tu,tengah cari voter ni,aduh aduh... aku harap ampa tolong sama la na *ayat merayu abih dah ni,haha*

p/s: entri aku bercampur baur,sekejap serius,sekejap ilmiah,sekejap merapu..aku pon tatau kategori apakah blog aku ni,huhu





dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Kata-kata profesor mocik on..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA, MEREKA YANG BEKERJA TERUSLAH MERAJINKAN DIRI,MERAKA YANG STUDY SILALAH BELAJAR MENGENAL HURUF,MEREKA YANG MENGANGGUR SILALAH BUKA KILANG TAIK MATA,MEREKA YANG ONLINE SILALAH OFFLINE KERNA ASID BAKAL DISIMBAH DARI SKRIN LAPTOP AMPA,SEKIAN~


  • Rajin bercakap rajin bekerja = Bagus sekali (BAGUS LA SGT!)
  • Rajin bekerja malas bercakap= Kena buli (LAIN KALI BYK CKP,BARU X KENA BULI)
  • MalaS kerja rajin bercakap= Wayang cina (KAKI MENGARAH,WOW!)
  • malas bekerja malas bercakap= Tak guna (MEMANG PON TAK GUNA)
  • Malas bekerja suka mengadu= Nyanyok (BONGOK,HAHA)
  • Malas bekerja selalu ponteng= Baik berhenti (NAK KERJA BUAT PA KALAU SELALU PONTENG YE DAK?)
  • Malas bekerja suka menyibuk= Baik mati ! ( MAI NAK PANGGEY NASIR BILAL KHAN,HAHA)

nampak dak tahap kemalasannya? macam tu jugak aku malas,malas bukan sebab aku malas,tapi malas aku sebab aku takdak idea nak update entry,mencikkkkkkkk!


teknik menyejukkan CPU ,padiaa?haha!


GOOD LUCK TO ALL SPM CANDIDATES :D
TERUS TADE MOOD NAK UPDATE ENTRY SEBAB IDEA SUDAH KERING,SEKIAN~
FAFAI~


p/s: aku nak mintak tolong vote gambaq aku yang bajet ayu ni..ampa klik sini (like page admin tau) pastu baru ampa like gambaq ayu aku,miahahaha...line aku serupa itik berjogging dibendang, bengkek gua.. maklum la,gua kalau bukak fb mesti layan contest kat fb tu,tengah cari voter ni,aduh aduh... aku harap ampa tolong sama la na *ayat merayu abih dah ni,haha*

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

13 November 2011

Tips Mendapatkan Buffered Earning..


assalamualaikum pembacaku..hari ni kerja onie nak share tips je dan kali ni aku rasa paling panjang gak la,harap ampa baca dari atas sampai bawah...apapon onie
buat, onie terasa happy...walaupun dah ramai yang tahu tentang ini, onie nak share jugak..semalam onie dapat komen dari rebellion dan dia seorang pengguna advertlets ..ni soalan yang dia tanya:-

waa, best tak pakai nuffnang? aku pakai advertlets rase letih giler nak dapat earning, kalo ade mase share la pasal nuffnang sekali ngan cara dapat BE kalo dapat..

jawapan aku kat sini: depend on kerajinan kita jugak lah sebenarnya, ada orang kata guna advertlets best,ada orang kata guna nuffnang best..sebenarnya tak senang nak dapatkan earning, nak dapatkan sesuatu memang susah..that's why la kita kena usaha dan kena ada strategik dalam berblogging ni..barulah beroleh keuntungan walaupun nilainya kecil..


so,sekarang aku taknak cerita panjang,aku nak ceritakan bagaimana untuk mendapatkan BE (Buffered Earning)

MAKSUD BUFFERED EARNING SEBENAR

Sebenarnya, apa yang korang cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, atau yang lain sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM. ingat tu korang ! jangan salah ertikan okay .. Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang korang dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

pertama !

Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog korang tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers Pihak advertisers mengenali isi kandungan blog bloggers mereka dengan lebih baik.

Mana-mana blog yang tak mengisi ruang 'survey' selalunya tak akan diendahkan oleh Advertisers kerana korang tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, korang digalakkan mengemaskini laman 'survey' korang dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog korang dipilih oleh Advertisers . so,cepat bikin itu survey okay ! survey tu ada di blogger bio.. tade idea nak update?korang tulis je apa yang best,kasi setai sikit




kedua!

unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web korang. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama korang. Jika unit iklan blog korang tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan macam kat atas, hal ini akan benar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog korang dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

ingat ! bukan senang nak senang..tak susah pon nak letak iklan tu dengan betul...so, yang mana rasa salah,cepat tukaq !



ketiga!

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah pihak nuffnang untuk Bloggers yang paling setia dengan mereka. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati. :)



akhir sekali !

korang perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog korang untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog korang, menempatkan unit iklan korang di tempat yang betul, dan lain-lain. Jika nasib menyebelahi korang, dan Pihak Pengiklan memilih korang untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk korang mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

tak nampak sila pebesaq..fokus pada contact us yang ada arrow okay

cane nak anta tiket ?kepada yang tak penah anta tiket dan nak tau cara-cara dia mai nak ajaq..pergi ke tab contact us..klik kat blogger enquiries/suggestions dan klik next kat bawah tu,pastu tanya la apa korang nak tanya tu..dengan anta tiket bertanyakan pasal BE pon kemungkinan besar peluang korang nak dapatkan BE tinggi! ampa nak tanya kenapa dah lama tak dapat BE pon tape...jenih tak malu dia terus mintak je BE dari pihak nuffnang,haha..tapi jenih tak malu mintak BE tu aku tak penah try lagi lah... anta sebanyak mungkin tiket pon tape,sekurang-kurangnya blog korang mendapat perhatian dari pihak nuffnang..




details tak? pada yang masih keliru dengan nuffnang ni apa, bolehlah tanya onie terus,mana tau onie boleh bantu sikit-sikitkan..advertlets? pengguna advertlets ...senang tak korang jana pendapatan dari avertlets? apapon,nak dapatkan earning dari nuffnang atau advertlets usaha mesti ada,tak de usaha macamana nak dapat hasilnya kan? so, aku lebih suka dengan NUFFNANG!




one more! tak semestinya traffik nak kena beratus-ratus juga beribu-ribu..tak-tak.. maintainkan sehari 100 pon tape dan jangan la pemalas sangat nak klik iklan nuffnang yang ada kat blog kawan-kawan kita tu, kita tolong dia,dia tolong kita,tak gitu? tips ni aku dapat masa aku tanya kat pihak nuffnang (like ticket di contact us) dari tips ni aku cuba belajar dan alhamdulillah aku beroleh.... kalau korang nak details dan faham lagi korang singgah sini :)


sekian dari saya,terima kasih sudi baca dan harap rebillion dan korang semua faham apa itu nuffnang dan cara untuk mendapatkan BE :D

p/s: aku tak pandai sangat nak olah ayat,aku share apa yang aku tau dan apa yang aku faham :D

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

don't blame other people..

Assalamualaikum semua..firstly,aku nak tarik nafas panjang-panjang kerna dari pukul 2 sampai 4.15 tepat aku kena ceramah dengan bos aku, i'm not the wrong situation...not dream,but reality !

pekerja lain dah buat salah so aku yang terkena tempias ...terkena tempias bukan kerna dari aku salahnya,not! tapi.. kerna aku mau resign, memang banyak cerita dia,lots of motivation from him..di situ aku baru tau,oo boss aku ni macam ni.. (eh tak bolehkan cerita pasal boss kat laman sosial?tapi bukan nak burukkan pon)

The Alphabet A to Z in Verbs by Joseph Garcia
by goseph garcia...ingat lagi tak dulu how to learn abc? not easy right?


selama ni aku blame him! yaaa,definitely i know who i am, aku ni kadang cepat blame orang tanpa mengenal dulu who him/her is..terukkan aku?huhu


today,i learned a lot from him..learn how to be a good employee,learn how to speak in english..more~ hmmm...serius aku dah salah tafsir dia, so sorry... dengan tanggapan aku macam tu, aku face to face dan aku cakap "boss, i want to tell you..i'm sorry cause blamed u everytime during i'm working here.." kalau lah dia orang yang aku blamed tu, mana mungkin dia boleh jadi director? from here,do not simply blame others before we know who he/she is..remember !


DON'T BLAME OTHERS PEOPLE,BUT BLAME OURSELF :D

satu je aku nak pesan kat korang, kalau nak pilih kawan ada dua kategori...firstly,kawan enjoy..secondly,kawan yang terus upgrade utk diri sendiri means hardworking... better korang pilih yang second! kerna yang first itu adalah kawan sementara dan mereka itulah sebenarnya no life :)

CHOOSE A GOOD FRIEND :D

dapat tak input apa yang aku cuba nak sampaikan? hopefully, you all can get input from here,thank you...

p/s: bila entri main-main kita kena main-main jugak lah,kalau time serious,be serious okay :)
p/s: omputeh tunggeng langgengggg T_T
p/s: this week full working, kena handle new worker,tak la susah sangat..senang je,huhu..psst psst, laki tuh.. sama baya lak,auwwwww!haha

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Antara dua kategori yang dinamakan kawan..

Assalamualaikum dan selamat bagi ehhhh selamat pagi,kehkehkeh...entri yang lepas tu aku dah dapat compared yang mana aku patut buat dan tak patut..yelah,kehidupan di muka bumi ni, tiada lumrah hidup macam tak adil dan macam tak seimbang juga...


Ramai-ramai kawan ,kawan yang macamana korang pilih? apa yang aku cakap di entri semalam kawan ada dua jenis ...firstly,kawan enjoy..secondly, kawan yang terus upgrade untuk diri sendiri means hardworking..so aku nak kupas antara 2 kategori ni,ramai yang salah anggap bahawa kita tak perlu kawan untuk enjoy...


  • KAWAN ENJOY
sape kata tak boleh berkawan dengan kawan yang kaki enjoy? boleh je...yang aku nak kata tak boleh kawan yang selalu membazir dalam hal kewangan ..contoh.. " hei minah, besok aku nak tukaq sport rim warna kuning kasi merelit sikit,aku nak kalahkan rxz si jenab tu" weiii..kalau la dapat kawan macam ni..sampai bila tak tenteram hidup, kerja menghabiskan duit,menghabiskan masa lepak kat kedai yekob..


aku tau dulu masa aku memuda ada jugak melepak tak tentu pasal,macam dah tak ingat rumah je nak lepaknya,huhu..so di situ aku banyak buat kesilapan dalam aku cuba nak perbaiki diri..

bukan tak boleh nak enjoy, nak karaoke?boleh..nak shopping?boleh..nak tengok wayang?boleh...tapi berpada-pada lah..jangan sampai setiap hari nak enjoy..


  • KAWAN YANG TERUS UPGRADE DIRI SENDIRI MEANS HARDWORKING
Seriously,aku sekarang lebih suka berkawan dengan orang macam ni, bukan nak memilih tapi yelah..untuk kebaikan kita jugakkan..kalau kawan dengan orang malas,malas la diri korang tu..kawan dengan orang yang rajin,rajin la diri ampa...nampak tak? so...aku harap korang pandai memilih kawan :D


FINDING FRIENDSHIP LIKE OURS IS LIKE,NAILING JAILO TO TREE,IMPOSSIPLE! :)

Dulu aku pon berkawan dengan semua orang, ya aku tau aku ni memang pemalas orangnya, dah la masa study dulu orang lain duk siapkan assignment aku duk jadi pengguna setia laptop aku lagi,tak ke malas namanya tu? so,kalau kita da malas,ada ke yang nak kawan dengan kita?kalau ada pon mesti dalam golongan pemalas jugak....

tiada kena mengena,sekian~

walaupun dulu dah banyak kali disuruh cari kawan yang betul,baru sekarang aku nampak..pentingnya memilih kawan...tulah,kadang-kadang hidup ni kena kena dekat batang hidung sendiri baru nak sedarkan,huhu...

lumrah kehidupan~

p/s: office politic tu macamana?can u explain with me? not understand ...
p/s: bukan tak boleh berkawan dengan orang yang tak kena dengan kita tu,cuma fikirlah...kebaikan sapa jugakkan..nak kawan boleh,tapi bio ler dia nak buat apa,yg pasti kita jgn terikut dgn sikap diia sudeeeeyyyhhhhh
p/s: dulu(masa aku study) aku memang suka enjoy,sesikit karaoke,sesikit shopping,sesikit wayang,sesikit lepak..sekarang takdah (jimat duit nak kawen,lalala) *muka serius*

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe