Ruang iklan berbayar,berminat? klik sini

31 October 2011

Pertama kali aku kenal GATHERING~

Assalamualaikum semua! walaweh, masa aku menaip ni tinggal lagi 2 minit nak pukul 12..mati aku tak tido lagi masa ni,esok nak kena tolong mak aku nege,mujoq esok aku offday,kalau dak..macam tadi la,gelong la jawabnya..



weiii, ampa hat baca entri aku ni penah dak join mana-mana gathering?tak pernah? okay! sememangnya ampa patut join,memang best! memang lah first time malu-malu hantu..tapi dah lama takdah aih nak malu, duk buat malu..sigung lah,haha!


first time aku join masa kat aloq setiaqqqqq (perosak bahasa mai dah,haha) serius cool gila! time aku join gathering kat loqstaq ni time tu aku duk study kat penang,so dengan semangat kewanitaan (eh eh) aku sanggup turun loqstaq bersama-sama rakan yang lain,fuh!


yang ni lah first time gathering aku bersama geng-geng belah utara,seriously time ni aku malu-malu hantu lagi..oh yaaa! sekarang lebih dikenali dengan KBU *kami blogger utagha* aku rindu ampa semua..semua termasuk aku,err.... sila lah cari aku yg mana..haha!





yang ni lak kat loqstiaqqqq gak,time ni aku turun seorang diri,dari penang ke loqstaq..semangat woooo!


eh,ada lagi... :D


Banyak kelebihan join gathering ni...so,aku tak sempat nak cerita panjang aku sambung besok sajo dehhh..dah lebih 8 minit dah ni,fafai :D


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

30 October 2011

Ajak-ajak ayam umi aku ...

Assalamualaikum semua..okay-okay,baru balik dari kedai atuk (kfc) makanya mata sudah penyek,ngantuk! sebelum aku nak tido,aku nak cerita la sikit..sikit ja,tak banyak pon,haha..

Entry aku buat masa sekarang ni dipenuhi dengan gambaq bokeh effect,sekian~

ceritanya:-
TADI MASA AKU NAK KELUAR DARI KERETA, UMI AKU ADA BERSELOROH (ajak-ajak ayam maybe) DEKAT ABAH AKU YANG UMI AKU AJAK STUDENT UITM (puncak alam)YANG DUDUK AREA RUMAH AKU DATANG KE RUMAH LEPAK-LEPAK,SEKALI ABAH AKU KATA 'AJAK LAH, KALAU MACAM TU JADIKAN DORANG ANAK ANGKAT'


dalam hati aku,seronok jugakkan ... okaylah,nak tolong mak aku siapkan barang untuk niaga besok..fafai


p/s: tak sabar untuk resign,haha..eh,pendekkan entry aku yang ni :D

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

29 October 2011

Resign~

Assalamualaikum semua, rindu aku tak?rindu aku tak? whattttttt? tak?korang pahal,nak kena bidas gigi ka wei? sampai hati ampa kan...haha *ayat lapaq penampaq*



malam ni nak buat surat cinta untuk bos tapi takdak idea,dah tu acane aku nak buat surat cinta tu kan,nampaknya tunggu mimpi kang aku buatlah,haha! sebenaqnya aku dapat kerja lain, so tu yang aku pulun(bersungguh) nak buat surat cinta (notice) untuk bos aku ni..


selama 4 bulan aku kerja di syarikat ***** **** ..aku rasa dah tiba masa untuk tukar kerja, yaaa! aku tau..mesti korang nak tau sebab apa lah aku taknak sambung study lagi kan?so di sini aku nak mengatakan yang aku sedang mencari pengalaman bekerja,biar keluar degree nanti senang nak dapat kerja,maklum la sekarang apply job kat mana-mana mesti tanya experience kita,kalau takdak susah wooo,awal-awal lagi dia reject! (mostly)



4 bulan aku dah kerja dan 4 bulan aku dah merasa gaji aku.. eh,gaji yang ke 4 tak dapat lagi sebenarnya, lambat masuk...



bila aku teringat balik,aku pernah bekerja as a cashier but aku tak tahan gila dengan kerja tu (mana la ada kerja yang tahankan?huhu) ..disebabkan aku tak tahan makanya aku cabut lari dari tempat tu tanpa inform dekat orang atasan,muahahahahaha (sila jangan tiru perangai huduh aku)


so di sini aku nak ampa kasi idea kat aku,gu mana nak buat resign letter?aku tak nampak lagi ni nak buat macamana,huhu...



aku dapat tawaran tak jauh dari tempat kerja yang aku duk kerja sekarang ni..betul-betul sebelah office aku,haha..dah tu sekarang ni aku duk pikior alasan nak resign lah ni,duh! bukan jauh okay,jenguk kepala pon buleh hembuih (hembus) rambut.. aku dah dapat 1 alasan yang kukuh untuk bagi tau kat bos aku,haha! maaf,gaji sekarang tidak cukup walaupun .... aku ditawarkan gaji dengan lebih dari gaji sekarang,so aku dah fikir panjang yang aku akan resign..




FULLSTOP!


p/s: aku kerja kerana Allah,pengalaman dan bukan semata-mata kerna duit.. (eh,duit tu penting la doh)

p/s: sekarang aku up entri pastu terus blah,takdan bw ..aku banyak kerja sekarang,busy! ampa jangan ingat onie taknak ke blog ampa naaa...

p/s: memang tak cukup experience lagi,masalahnya aku tade keje nak buat oh...setakat tunggu customer ?walaweh..aku kalau kerja office kalau boleh semua hal aku nak tau tapi...memang tade keje wei.. masyuk memang masyuk,tapi sebagai gaji buta?macam tak adil untuk diri aku,huhu.. sebab apa gaji buta? sebab dari aku datang sampai balik kerja aku layan movie kat opis..tu pon kalau ada customer sat ja,nak online tak boleh..broadband longlai dah,haha.. adil tak gitu?ofkos lah tak! and tak perlu kot aku cari experience di tempat tu,huhu *tak puas hati je kau ni onie,haha*

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Anugerah Skrin 2011

Assalamualaikum semua! tetiba duk kalut nak jadi journalist dalam blog saipa tatau..kalut ang onie kalut..di bawah ni aku merajinkan diri untuk list anugerah yang dimenangi:-


laporan khas/berita terbaik
buletin utama: pengemis terhormat

dokumentari/majalh terbaik
suatu ketika: ep12

rancangan hiburan terbaik
maharaja lawak akhir
*aku agak dah*

pelakon pembantu wanita terbaik filem
nadiya nisaa (CUN)

pelakon pembantu lelaki terbaik filem
sidek husin (KARAK)

pelakon pembantu wanita terbaik drama
Elfira loy (KUM KUM)

pelakon pembantu lelaki terbaik drama
Allahyarham Faizal Yusof (jangan hantar aku ke neraka)

Drama komedi terbaik
Geng surau

Rancangan realiti
Showdown 2011:top12show

Rancangan muzikal terbaik
Shout award 2010

Rancangan bual bicara
Selami jiwa (dato' fadzillah kamsah)
*memang terbaik!memang patut menang*

Pelakon wanita terbaik filem
Siti Shahrizah:Eja (JANIN)

Pelakon lelaki terbaik filem
Remy ishak(CUN)

Anugerah artis harapan pantene
Fazli daniel ali(YANG TERPUJI)

Pelakon wanita terbaik drama
Umie aida (AIR MATA NURSALINA)


Pelakon lelaki terbaik drama
eman manan (JANJI SYURGA)

Pengarah terbaik filem
Osman ali (CUN)

Pengarah terbaik drama
Sabri yunus (SANGGUL BERACUN)

Anugerah yasmin ahmad
Shamsul Yusof

Drama rantaian terbaik
Juvana

Filem terbaik
Magika
*cerita ni aku paling suka tengok,tahniah!*

Drama terbaik
Sanggul beracun



p/s: dah agak mesti ada yang kurang...baju jac lebih labuh dari alyah,shila pon.. jac tutup jugak peha,mereka ? panas kot?Lol..

p/s: tak cukup list aku buat yg first-first,yang 1st and 2nd nugeroh dok dang...

p/s: emcee?toksah kata la,kat ampa ada dah jawapannya..

p/s: Time 9 Zulhijjah ni juga nak buat program gini -..-"

p/s: wawa zainal,fathia,kilafairy dan liyana jasmay nyanyi?... eh,tomok?tak marah ke bini tu?hiks..

p/s: kesimpulannya, tak menjadi anugerah malam ini,fake fake fake.. *tudia ang onie,over!)


banyok beno p/s ..ahaks! memang over! aku tau nak handle satu event memang susah,aku bukan ditempat mereka mungkin aku tatau..tapi,errr...

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Dapat jugak aku jumpa umie artoqiemie..

Assalamualaikum semua! Pahal ye tempat kerja aku ni banyak lalat,okay! aku mandi derr...tempat ni bersih je aku tengok,tapi kenapa lalat ni duk buat wabak tak tahwan tatau,aku tampo jugak la lalat ni *dengan lalat pon nak angin kan,huhu*



eh! tengok tajuk tengok tajuk,ada orang nak jeles tak?serius lah ni...kenal tak dengan umie tu?aku agak ampa kenai punya!semalam punya semalam aku jumpa umie,alaaaa ustazah hok hik hok tulah! betoi weiii... aku ambik dia kat airport pastu jumpa bawak dia jalan kat area selangor...



ampa tatau aku bawak umie naik moto dengan dia duk tak diam,huhu...ganaih gila duk atas moto,dia ingat moto aku tu unta gamaknya... so, aku dengan hati yang gembira pon aku bawak la dia jalan-jalan pusing sawah padi kat rumah aku tu....setai doh umie baq ang,tak nyesai ampa kawan dengan dia....


Aku tak sempat upload gambaq kat blog dan juga kat fesbuk, yang aku sempat kopipes gambaq dia yang kat entri je,muahahaha...nak tengok dak gambaq pa?memang setai gila lah!

kreatifkan umie ni..theme gambaq ni good vs devil..umie,kenapa aku tak nampak pon theme yang kau cuba nak sampaikan,aku tak dapat tangkap! grrrrrr....apa yang aku nampak kat gambaq situ pistol yang keluaq burung dengan earphone dengan kaset..kenapa kau kreatif sangat? salute dengan kebolehan ang umie...keep it up hik hok!


*berdehem dengan keadaan yang kuat*


lepas tu yang baca sampai abih entri ni memang dah kena tipu dengan aku lah,aku saja taknak cerita panjang lagi,kang tambah jeles kang even cerita ni sebenaqnya dalam mimpi aku,aku pon tatau kenapa aku boleh mimpi si umie ni,tak tahwan gamaknya,huhu...orang kata kalau mimpi gini kemungkinan besaq,kemungkinan apa? kemungkinan besarrrr..*tiru matluthfi* ada jodoh?


eh?lesbian apa duk jodoh-jodoh bagai ni..alaaaaa,jodoh sebagai kawan,gituh dong!teringin doh nak jumpak ang umie.. dah la,aku malas nak cerita lebo-lebo,aku mintak diri lari jauh-jauh dulu,aku tau ampa nak bidas gigi aku,tapi sebelum ampa bidas aku nak lari jauh dulu..hahahahaa!


p/s: malas nak lukis harini,huhu....eh lagi satu! rumah aku kat puncak alam mana ada sawah padi derrr... muahahahahaa!puncak alam ada hutan je derr..hulu gituh! aku syak umie duk kembang hidung masa dia baca entri aku ni,larikkkkkkkkkkkk~ang kena tau umie,aku peminat setia ang fullstop!

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

28 October 2011

Version: Bayangkan..

Assalamualaikum semua... happy weekend,erk? esok aku kerja, pasti hari esok aku akan menjadi seorang yang tak tahwan..maklum lah, hari sabtu kerja..serupa tiada life dalam diri, nyway..demi rezeki untuk membayar kambinghiniku akan ku merajinkan diri walau sabtu ahad bekerja.. (luahan macam keadaan terpaksa,kbai)


Color Splash, Colour Splash, Art, Photography, Keefers
colour splash <3


Maaf,ini version tak tahwan... aku suka duk bayang-bayang ni,sampai dalam entri pon aku nak bayang, setai~


  • Ampa bayangkan kalau bangun je dari tidur dapat sekelepuk duit ..walaweh, time tu jugak aku bangun terus ke butik ..beli baju yang harga dia RM1.65 juta,erk? banyak lah kau 1.65juta,bidas gigi ko onie,haha

  • pastu kan,tengah drive kereta ni..tetiba yang duk gerak semua berhenti sebab hormat kat kita.. time tu jugak hidung aku tinggi,wakdelek?

  • pastu,ampa pakai helmet ni..aceceyy,siap katup guna wizer lagi ni,tengok-tengok ampa bukak wizer tu then kat depan mata ampa tetiba stereng yangberlogokan lamborghini,walaweh! (lamborghini tak dapat,kambinghini pon jadi la wei,huhu)

  • lepastu kan, ampa duk online ni,tetiba keluaq asid dari screen laptop ampa,gila ah! aku tak sanggup gitu nak online,haha

  • Eh,bayangkan kalau ampa duk pegang handphone tetiba betukaq jadi atm, time tu jugak aku gondol semua duit dalam akaun aku,haha..

  • Bayangkan ampa duk berjalan ni,tetiba diri korang seperti terapung di awan nanonanonanooooooooo...apa ampa nak buat? eleh,kalau aku..leklu..

  • Bayangkan, lepas baca entri ni blog ampa hilang?macamana tu? okay babai,haha!



p/s: over betul bayangan aku ni,Lol..layankan aje weiiiii~

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Mulai bulan 11 or 12..

Assalamualaikum semua! ohyeah ohyeah.. hari ni aku kena kejaq dengan orang gila mana tatau,tapi orang gila ni boleh tahan gak lah nak makan penyepak aku...eh eh,tersasul lak,haha! okay, back to the topic back to the topic..


sekarang aku suka setai bokeh, setai setai setai (setai=style)

mengapakah aku wujudkan topis sebegitu?

okay,begini ceritanya.. disebabkan aku ni seorang pekerja,makanya..aku pegi kerja selalu usung laptop dan broadband cabuk aku ni,maklum lah..office aku baru bukak dan area situ tak ada line TM lagi (bapak sedih) so..bila sampai ditempat kerja aku jadi ralit,u know ralit?alaaaa,yang lagha tu..lagha terhadap kerjaan sendiri.. sama sekali tidak bagus kan?


disebabkan tidak bagus dan duit nak bayau broadband pon sentiasa mengalir,aku merasakan wajar sekali untuk potong !yess...tapi aku tak sure,sama ada bulan 11 ni atau bulan 12 aku akan potong,sekian~


untuk pengetahuan korang sekalian,rumah aku dah 2 bulan melanggani streamyx,okay..tak ke bazir namanya tu? ofkos lah membazirkan..so, di sini..aku telah sign agreement dengan abah aku bahawa streamyx mulai bulan depan aku akan bayar (padahal nama adik aku,aku lak kena bayar -..-") sebab utama aku kena bayar kerana aku adalah pengguna setia streamyx semasa dirumah..see? adik dengan abah aku jarang guna,sebab aku conquer laptop aku (kejam)


lagi mengalir duit aku,haha! streamyx RM100 but broadband RM70..yang tu aku tak kisah, streamyx mahal sebab laju..broadband apa hado? kerja nak asma je tau,mangalahkan asma manusia,kbai kbai


haaaa,macam tu lah ceritanya..so, aku nak kata lah kat sini..siang hari aku akan jarang online..dan kemungkinan besar jugak aku sempat balas jejak ampa hari aku cuti je,Lol..bajet parah je cerita aku ni,ptuihhhhhh~


gitulah,sekarang aku nak blogwalking yang mana dan dulu,love u koreeengggg...aku sayang ampa tau,ingat tu!haha


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

27 October 2011

Orang femes pon memilih?

Assalamualaikum semua, aiyooo..aku ni kejap update kejap takkan..so,lately.. aku rasa mood for typing and reading down,start from now,aku try untuk merajinkan diri berblogging campur blogwalking,tak adil rasanya bila kalian datang ke blog mocik onie ni tapi onie tak ke blog ampa membaca coretan ampa, sabaq naa...sat g onie p :D

fall
setai gak gambaq ni *takdak kena mengena dgn entri*

eh! tajuk tu?macam good-good je aku ni kan?sekarang ni aku bercakap/bercerita dengan apa yang orang lain pernah rasa dan aku juga pernah rasa..*ENTRI BUKAN PERLI* aku maksud memilih di sini adalah memilih kawan dan memilih,ah baca la sendiri..

  • macam ni lah,korang pernah tak merasa diri korang tu femes? contohlah kalau ampa pernah merasakan diri tu femes, adakah anda membalas segala komen/pujian/kritikan/hentaman dari peminat korang atau pembenci diri korang di facebook/blog/twitter atau myspace? (myspace?)

  • tak pernah reply? nampak sangat anda sedang membuatkan diri anda yang femes itu dibenci oleh peminat korang..

  • di sini apa yang aku nak perkatakan, andai lah anda sedang menjadi 'orang femes' jangan terus lupa dan menyombong kepada peminat anda,kerna dari peminat juga lah anda dapat pangkat atau paku 'orang femes' ...


  • tapi masalahnya,orang femes ni layan yang cantik/hensem dan dari kalangan mereka juga iaitu kalangan orang yang femes, adakah ini adil untuk peminat anda? yaaa,sangat tidak adil aku katakan..


  • tapi kalau orang femes yang jenis memilih ni acane pulak? mengapakah anda perlu untuk memilih? kerana untuk menjaga air muka korang? atau supaya saham korang tak jatuh? atau dorang terlalu busy? atau korang tak pandai berdiskusi dengan mereka yang tidak femes?ohman~ *perli letew*

ingat lah anda yang femes, jangan terlalu sombong dengan peminat anda..cuba cari satu masa yang sesuai untuk melayan peminat anda, aku tengok shila amzah hok penyanyi tu memang cool gila kat twitter layan peminat dia..tak de pulak nak busy sampai sekerat ayat pon tak ley reply..kecuali twitter dia kena limit,krohh~

aku femes?sorry..aku menulis bukan kerna untuk femes,tetapi aku suka share dan suka menulis..aku blogger yang mempunyai followers 2576 bukan bermakna aku fimis tetapi mereka diantara yang hebat yg follow aku punya blog, aku tak suka tengok follower,aku suka dengan readers aku,sekian~


okay-okay, aku menulis entri ni bukan untuk simpati pada orang yang femes tetapi aku memberi peringatan ... JANGAN TERLALU SOMBONG DENGAN PEMINAT SENDIRI..tapi aku berterima kasih la kerana ada yang tidak menyombong dengan aku,love u.. :D benda ni certainly je,bukan semua...anda sombong,dapat lah akibatnya,sekian~

sape yang makan cili dia yang terasa,sekian~


p/s: da lama tak update tetiba update serupa orang tak puas hati,haha! aku bukan nak mengata,aku nak menyuarakan ketidakpuashatian aku,tu je,sekian~

p/s: ampa buleh agak dak sape 'orang femes' tu? tepuk daie tanya mulut..

p/s: takut gak aku nak buat entri lagu ni,takut kena hentam..tapi aku bercakap kerna apa yang aku rasa,sekian~




dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

26 October 2011

TERIMA KASIH NUFFNANG!

Assalamualaikum semua ! milo ais,butterfly,bird bird,kangkung...milo ais butterfly bird bird kangkung *sambil main sep sep ye,haha* tetiba duk teringat zaman permainan kanak-kanak dulu,haiya ! ehhh, tajuk tajuk..tengok sat, opsss...aku tak nak cerita pasal earning aku,tapi.....okay let's cekedauddddddddd!





nampak tak?apa yang beza? okay,aku siap buh arrow lagi kot..ampa hado?haha! apa benda tu? okay jom tengok bawah lagi..



ampa hadooo? aku hadoooo,haaa....haha! buy 2 free 1 dalam masa 3 bulan,okay,dan lagi...sebab bulan doblas ni aku nak turun sana, cuma yang takdan invitation yang depa ja...eh?macam dapat,haha! kira bersyukur jugak walaupun cuma ayaq chatime ni,..benda free,suka la aku kan..



Akhir kata saya,terima kasih pada nuffnang ! aku tatau ada lucky lagi tak kat korang, kalau nak try cuba singgah sini , sebelum tu cek profile nuffnang ampa,kot la dah ada :D

p/s: takdan dan buat entry,erk? JAKUNNNNNNNNNNNNNNNNNN nak kata aku?kata la,i don't care bebeh bebeh sekalian *annoying lak aku baca ayat aku gini,huhu*


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

25 October 2011

Isu sekarang..

Assalamualaikum semua teman (tetiba jadi ayu) minggu ni deepavali kan?minggu depan raya haji?alhamdulillah,dapat la aku merasa pastu nanam lemak kambing ke lembu ke kat badan aku ni, eh satu lagi,hopefully..aku dapat balik kampung raya haji ni (tak padan dengan status aku yang bekerja ni,haha) aku dah rindu kat atok..rindu kat nenek..rindu kat kambing-kambing atuk aku,lama dah aku tak buli kambing tok aku yang comel-comel tu..eh,atuk aku ada kambing ke?muahahahaha!


intro tak panjang memang tak sah,haha!so,sekarang ni macam-macam isu aku duk dengaq,nak tau pa dia?okay..cekedauddd kat bawah..

a cup of bokeh
takdak kaitan *aku suka buh gambaq yang aku suka kat entri aku*
minggu lepas lagi,pasal adik yui yui..*betul tak eja?malas nak google*
kesian kat dia, mengapakah driver yang bawak van tu taknak berhenti sebelum melanggar adik tu? mungkinkah driver itu rabun?tak mungkin sekali...


lepastu,isu ni takdan masuk berita...teddybear aku kena kerat leher oleh adikku..eh?teddybear?
serius wei..aku nak nangis je rasa bila teddybear aku duk jadi bahan potong memotong dengan adik aku,bapak aku bagi tu,sape tak sayang!huhu..bapak okay,bukan bapak lain,sekian!


tiket bola ke tiket nak tengok moto gp hok mahai tu? **saja buat-buat tatau*

gini la,kalau aku baik duk rumah melopong depan tb,tak baziaq,tak penat,tak buang masa..siap buleh menelentang lagi kalau tengok kot tb..tapi orang yang jenih 'obses' (aku nak guna perkataan lain,tapi otak aku tengah tak berapa sikit,so obses la aku guna,huhu) dengan bola ka moto gp ka, p jela,kesian ku tengok,larikkkkk~



hmmmm,banyak lagi wei isu sekarang,tapi takdan nak conclude kat sini,so aku angkat tangan sambil lambai-lambai,fafai ^__^




dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

24 October 2011

Scha Alyahya dan Awal Ashaari - PART1

Assalamualaikum semua...ada lagi pasal scha dan awal...sebab apa?sebab aku suka depa,sekian~ schawal, love you :D

video

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Hubungan Awal Ashaari dan Scha Alyahya

Assalamualaikum semua... tudiaaaa,tajuk kat atas tu! serius aku suka dengan depa..sebab tu setiap masa aku nak amik tau pasal depa (over) .. aku berharap hubungan depa berkekalan,amin...


Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland
smber:blog budiey.com


“Mungkin sebab itu, hubungan saya dan Awal kurang dicemari cerita remeh-temeh atau kontroversi yang bukan-bukan,” jelasnya.


nak tau lebih lanjut jommm ke blog budiey.com ,aku suka dengan depa.. terima kasih budiey.com


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

entri tak tahwan..

Assalamualaikum semua..apa khabar kalian semua?serius makin hari jiwa aku terhadap blogging kureengg,otak duk ternak pa tatau sampai malas gila..sekarang ni 3 hari sekali baru nak update entri..biasanya sehari 3 kali aku update,tamak! lantak lah korang nak cakap apa,blogwalking lagi lah aku malas,tapi tak bermakna aku tak hinggap kat entri ampa aku lupa ampa,no no no..bukan aku la wei,huhu..



so,aku taknak berintro panjang lebar dah,tajuk pon macam orang tak tahwan (tak ketahuan) dah,haha


Love
**gambaq kali ni sedikit bersangkut paut dengan entri,haha**


menjadi single tak semudah double?alahai ayat aku ni, konflik betul nak bagi paham kan..alaaa,senang cerita macam ni lah, senang ke jadi single? kalau dah double/couple kira tade orang yang kacau lah ye?tade yang minat la ye?tade yang main kayu 10 lah ye?macam tu....?


apa yang nak aku katakan di sini..menjadi single jika dapat kawal dari segi percakapan dan peradaban dengan berlainan jantina kemungkinan dapat mengawal diri korang dari dikacau dan tidak perlu korang berasa rimas dengan orang disekeliling,tu kan?ayat memang nak kena konflik je ke onie oiii?huhu...


kadang-kadang single lebih ramai peminat dari couple?eh betul ke?hmmm,tak jugak...zaman sekarang dah upgrade woooo .. tak kira single tak kira couple, semua sama je..yang penting kita pandai jaga diri sendiri..yang single duk ramai peminat ni bajet nak test market ke macamana? **okay jangan tuding kat aku,aku takdak peminat..cuma ada lah sorang mamat kat tempat keje aku kira nak usha aku,baru ko tau aku sombong macamana (okay annoying pulak ayat aku)**



ada orang tanya kat aku..eh kau ni single tak bosan ke?okay,jawapan aku TAK! sebab..?korang jawab la sendiri,yang single tu tau lah macamana perasaan orang single ni.. tapi kadang-kadang orang single ni kena kawal perasaan dia,hargai status korang time single!jangan tamak nak status 'in a relationship'...


aku suka tengok orang yang single pastu ramai kawan..cool gila wohh!baru la dapat rasa apa maksud sebenar single..ko dapat rasa tak apa itu single?masin ke?pahit ke?manis ke?ke tawo je wei? jawab ah,dah tu tak reti jawab ke?haha!


dah cukup cukup cukup onie!disebabkan tajuk kat atas tu macam jebon,aku chowwww dulu..aku tatau nak tulis pa so aku merapu kat entri ni,haha!

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

23 October 2011

Gambar Pra Persandingan Awal Ashaari & Scha Alyahya

Assalamualaikum semua...acecececey,tajuk..bajet aku ni journalist yang berjaya la kononnya duk buat tajuk gitu,aishhh..dak laa,saja nak share dengan ampa semua..aku suka gila kot dekat scha ni,even orang ramai duk kata kat dia macam-macam tapi aku tetap suka .. :D


Awal Ashaari & Scha Alyahya di Korea
comeiiii betol depa ni..serasi gitu :D
depa sekarang ada kat korea, amboiiiiiii...sakan,korea tuh ...

nak tengok lagi?okay jom ke blog budiey.com ..

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

21 October 2011

Atuk oh atuk..

Assalamualaikum semua.. jumaat dah ye kita semua, jangan lupa potong kuku (pesanan khas dari mocik) harini aku nak berkongsi satu cerita,let's cekedaudddd bebeh!


photography

awak buat pe tu sesorang? **takdak kena mengena dengan entri**

Atuk: Cu, tahu tak dulu masa atuk muda-muda,atuk pun berperang dengan penjajah.Pernah sekali pesawat yang kami naiki ditembak oleh komunis.
Cucu: Habis, apa jadi dengan pesawat tu tok?
Atuk: Pesawat kami meletup dan hancur cu..
Cucu: Ye ke tok? Macamana dengan orang yang ada dalam pesawat tu?
Atuk: Semuanya mati hangus cu termasuk juruterbang sekali.
Cucu: Eh! Kalau semua hangus, macamana pulak tok boleh hidup sampai sekarang?
Atuk: Alah cu, lupa nak cerita tadi. Tok tertinggal pesawat tu sebab tok hidup lagi sekarang!...


atok atok, setai la gitu?sabo jelah aku,haha!
p/s: aku tak suka la blogwalking guna broadband,tak ley bukak 20 tab sekali guihh,huhu..tunggu aku balik rumah baru buleh bw..rumah aku guna streamyx,sekarang aku di office,huhu (orang tamak)

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

20 October 2011

satu benda yang aku tak reti bila bermotor..

AMARAN! SILA BACA SETAI ORANG UTARA, BARU COOL!

Assalamualaikum semuaaaaa, tudiaa,ni hok aku malaih ni,kalau dah terlebih rajin gini la jadinya,nak cuba post entry sekali sari pon tak ley, orang utara kata,ketegaq nak jugok update,huhu... ***banyak betul tanda (,) ***


sape yang study kos mekanikal? aku rasa kan paling aku nak belajaq pasal ac/dc motor ni,rasa nak geledah je komponen pa la ada,masalahnya aku tak berminat..sebab aku bayangkan benda tu duk ada karen (gila) ... aku tau lepas ampa baca entri dari blog abc.com macam nak tau sapa dia lah kan yang femes tu,okay-okay..sini aku nak kasi tau, orang yang berpaku femes+sombong je yang aku maksudkan..benda ni bukan aku tuju kat sesapa (bukan tuju?huk aloh)






yang tatau ac/dc motor tu meh tengok gambaq ni..kabel tu penuh,tu yang buat aku ngeri nak belajaq benda ni ampa tau dak (kata mekanikal,tak setai langsung kalau ngeri)


wei ampa,aku senaqnya,bukan nak cerita benda alah mekanikal ni..yang aku nak cerita, eh..tengok tajuk kat atas sat..takut ampa tak paham,haha! tengok dah? okay!ampa tau dak apa yang aku tak reti ? tongkat dua ! benci gila kot...abah aku selalu duk ajaq,tapi dia serupa macam nak katok gigi aku dah,ajar nya ajar tak reti jugok,huhu...eh salah! bukan tak retiiiiiii,tapi tak larat..aku kan kurus.. **boleh terima dak alasan aku gini?**


ada tips nak kasi aku pandai tongkat moto dak wei? kambinghini aku nak diikutkan tak la berat sangat,tapi kenapa aku tak reti tongkat dua? grrrrr~ mujoq kereta takdak tongkat dua,kalau ada...fail jpj aku (eleh ko onie,masa test jpj dulu pon org jpj yang tongkatkan moto ko tu,nak waksetai lak dah,haha)

okay, kalau ada tips sila share sama aku,ampa tak kesian ka tengok kawan-kawan tak reti tongkat dua?so..kalau kesian sila lah share tips.. *ada ka?haha*

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

17 October 2011

Kambinghiniku..oh my darling

Assalamualaikum semua, makin lama makin jarang aku update,malas doh,haha! disebabkan aku kepoh dah dapat kambinghini,so aku nak kasi pra-tonton kat ampa sekalian lah,serius aku taknak tunjuk,yelah..kambinghini aku ni apa lah sangat kan, tak sehebat fake lari dengan sakai line,huhu...


dah la,aku taknak cerita panjang,hayati lah gambaq aku dengan kambinghini aku,sekian~




untuk kepuasan maksima dan pembacaan yang lancar tanpa sepetkan mata sila klik gambaq kasi besau..



kan? kambinghini yang ampa duk ingat bukan lah sehebat fake lari dan sakai line yang aku sebut kat atas tu,huhu.. veso-veso jah temoh,huhu.. dengan hasil 4 bulan aku bekerja makanya aku grab ego lc 1...alhamdulillah aku bayar kecuali down payment pak aku bayaq,sekian..


so sekarang tayah la menyewa motoq adik sendiri, motoq adik hat lc tu lah orang duk pedajal masa kat tempat keje,mujoq tak dak pape wei,kalau dak aku kasi tanduk guna gigi aku ah wei,huhu..


dah tu je nak kata,muahahahahaha -..-


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

15 October 2011

Naik bas pon nak kena belajar..

Assalamualaikum semua,walaweh...dah lama gila tak terajang blog korang kan,mintak ampun mbak mintak ampun pak,bukan niat saya taknak terajang,tapi saya tengah pulun cari vote untuk ini, contest ni yang ngundi aku pon berpeluang dapat hadiah,tak caya usha album dia,huhu...kalau dah nampak backlink tu jangan buat-buat malas nak tekan la ye,like je kot ,haha! aku tak larat dah... ***paksa***


so sekarang ni aku nak ampa menerap pastu ambik bantal pastu ambil mood yang panjang untuk menghabiskan cerita benar aku ni,cerita benar okay! lets see..


hari : rabu
time : 9 pagi-8malam
location : klang (oversea)


cerita aku bermula apabila sorang member aku izzati ni ajak p wayang..so aku,okay lah...jom aje, tapi satu je, transport?ahh! paling sembang lah orang kata.. takdak transport memang tak boleh gerak,tapi kami decide nak naik bas, selama aku duduk di puncak alam ni,aku tak penah naik bas rapid.. bas ni dah setahun lebih kot beroperasi di puncak ..tapi aku tatau nak naik bas nombor berapa, makanya...kami pon tawakal jelah dengan menggunakan prinsip.."tunggu bas,tatau tanya"


kami pon berjalan menunggu bas.. naik bas nomboq T600, masa nak naik aku hulur duit,kawan-kawan aku pon hulur lah duit tapi uncle tu taknak,dalam hati aku.."demand gila uncle ni,haha.." so,dengan masa yang amat pantas,uncle tu pon kata la.."dik,sekarang tak guna duit dah,sekarang guna TOUCH & GO" aku dengan kawan aku memasing buat muka sengal ubi,tatau..sengal ubi jela mampu,haha!


uncle tu pon ajaqlah..hmm,macam nak reload topup je rupanya,huhu..tapi jakun gila baq ang,haha..uncle tu kata buleh topup kot ic,muka aku berubah macam sengal ubi balik..dasat ah,boleh guna ic je wei,tapi disebabkan ic aku zaman darjah enam,makanya..tak boleh la,sebab yang kat belakang ic ada cop TOUCH & GO je buleh guna,puiiiii... kena p tukaq ic la gini,haha..disebabkan aku tak buleh nak topup guna ic aku,aku nompang kasih kat member-member aku,hahaha!


dah naik, so..uncle tu kata tak terus ke klang..dia kena turun kat uitm puncak alam dulu pastu ambik bas nomboq U90,bapak ah! dah la lama bas U90 ni,huhu..sejam menunggu...



dari kiri: mak jenab mana tatau, afiah dan izzati..

time ni semuanya duk cover mata,aku je tak..maklum la,nak kasi mata nampak bulat,haha..time ni kat uitm puncak alam,fuhhh! lama nak mampuih menunggu,haha...



pastu dah dapat bas U90,aku naik dan kena turun kat klang sentral pastu kena turun kat klang sebab nak ambik bas ke banting,time kat bas klang tu aku rasa seperti di oversea,muahahahaha... ***kejam***


dah abih jelajah klang bas tu,akhirnya sampai jugak aku di jusco bukit tinggi,klang.. akhirnyaaaa,huhu...sampai-sampai je terus naik tang wayang,beli tiket... punya lah lama nak buleh ke sampai,huhu...





dari kiri: afiah, mak jenab mana tatau dan ezad (classmates aku) kami semua satu sekolah dulu...



abih wayang terus p solat pastu p lepak-lepak jap pastu blah..jam kat tangan pon tau nak cepat je,so..kami terpaksa pulang (bapak skema ayat aku,huhu) .. tunggu bas lah apalagi, macam-macam peel ada,huhu..kami jumpa kembaq hafiz awananonanonano wei,haha...

sampai klang sentral bajet nak tunggu bas nak balik naik bas lah ni,tapi last-last haremmm..satu bas nak ke puncak pon takdak,opss! bukan takdak..lambattttttttt~

dan kami decide nak naik teksi je,MUKTAMAD!


tapi,masa duk cari teksi tu kan,aku ada terpandang sorang awek ni,ops!haha...awek blogger wei,banyak kali jugok aku pandang ...nak pegi,aishhhh..iSegan...nak pegi,aishhh..iSegan..nak pegi,aishhh..iSegan..last-last aku pegi buat muka tak malu tanya dia SR ke? walaweh, macam apa la aku time tu, huu..nak kenai dak sapa awek tu?



taraaaaaaaaaaaaaa! SYAFIQ ROSLI aka SR .. ni lah awek tu #larikkkk

entah..kekok aku time ni,huhu...SR baru balik dari kerja,bapak rajin oh dia buat part time, good boy SR !


okay lahh,tu je cerita aku,sekian...kesimpulannya,4 bas aku kena naik masa nak pegi,pehhhh! T_T


aku taknak tangkap gambar cani,tapi member aku si izzat tu paksa,geram gila aku,huhu

p/s 1: kalau tatau tanya,jangan buat-buat pandai (malu ber-asking,sosat la ampo)...benda baru kena belajarkan, aku bukan tak biasa naik bas tapi yelahh..bas rapid baru je beroperasi kat puncak alam,huhu

p/s 2: dalam hidup ni kena juga berada dalam situasi yang susah,bukan tahu nak senang je ye..

p/s 3: nak poie terajang blog ampa,sediakan carpet merah kaihh,haha

p/s 4: nak tengok kambinghini aku ke?alah,kambinghini version perempuan beroda dua je pun,huhu....
terima kasih sapa yang baca dari A-Z..clap ur hand!


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

13 October 2011

SPONTANEOUS THURSDAY






Kambinghini aku dah ada kat depan mata,sekian~

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

10 October 2011

Masihkah ada taman dalam hati?


Andai hati penuh kebencian,
Satu titik hitam beroleh di hati,
Andai hati penuh dendam,
tebas la dia..supaya hati terus mati dan semai semula
agar terbiaknya benih yang baik.

insyaAllah


jangan lupa vote onie..*like je*

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Macam ni ego ke hipokrit?

Assalamualaikum semua,jangan lupa baca artikel ini ya.. sedikit tips cinta,disebabkan previous entri tu tentang cinta,kat sini aku nak cerita sikit la kat ampa pasal cinta,cerita ke?tah la,ampa tengok la sendiri nahhh..tiada kena mengena dengan sesiapa samada hidup atau mati,sekian~

SEBELUM TU MAI LIKE GAMBAQ AKU,AKU TAU AMPA TAK SUKA KENA SURUH LIKE KAN? SO,AKU MERAYU KAT AMPA SUPAYA LIKE AKU,OKAY AYAT SEDIH DAH KOT AKU GUNA,HARAP AMPA LIKE,SEKIAN~


conversation list:-

L:lelaki
P:Perempuan

conversation ni terberhenti seketika disebabkan si perempuan tiada kredit (padahal ada,malas nak layan,ops!)

L: Eh kerja pon tade kredit ke?
P: Malas nak topup beb,tak guna sangat pon..
L: Ow yeala. Aku pon baru pas main bowling dengan family ni,haha
P: Tak tanya pon...
L: Ala ko ni..
P: Kuikuikui, ko main bowling kat mana?
L: Kat shah alam je..
P: SACC tu ke?
L: Tak la,kat ole-ole seksyen 18..
P: oo,kirim salam kat depa..
L: InsyaAllah. Tapi mama ngan abang long tade..
P: Nape tade?
L: Abang long kat meru. Mama pegi rewang rumah orang,tu yang tak ikut..
P: Meru?dia buat pe wei?
L: Pegi rumah kawan dia,dari malam tadi lagi..
P: Oooo...

Okay part ni sila pahamkan ye,sekian~

L: Bila dapat jumpa ko lagi kan..
P: Ko tengah cuti ke?huu
L: A'ah tengah cuti la ni..
P: haha! jom-jom,err (macam terpaksa je jom nya kan,haha)
L: Nak jumpa kat mana? hehe..ko kat ne?
P: Rini (semalam) aku tengah kerja la yop..tah,aku bukan tau sangat pon nak pegi mana..
L: La..tengah keje ke ni? cuti-cuti pon keje?huhu
P: Tempat aku sabtu ahad keje wei,aku cuti selasa rabu je yop..
L: Oww,boley je kalau nak jumpa..tapi aku bukan banyak duet pon.. (LOL)
P:Aku kalau cuti pon busy,huhu..tak sempat nak keluar beb..
L: Ko wat pe je?
P: Hehe,ada hal..
L: Alaa,hal ape lak?habaq mai...
P: Haha..
L: Nape gelak plak?bagi tau la ko buat apa?
P: Sekarang ni aku duk melangut..
L: asal melangut plak?
P: Non hado keje ah!
L: oww...nape cuti pon ko busy? bagi taw la,de wat keje lain ke?



okayyyyy,semakin rancak!

P: Dak aihh, p dating,err..
L: Oww,dah ada bf ye,tak bagi tau pon..
P: Errr,asal nak kena bagi tau lak wei?huu
L: Oww,orang mana bf ko tu? best la dating je..
P: Mana-mana je..
L: Ala bagi tau la,takkan dengan aku nak berahsia jugak..
P: Johor..
L: Jauhnya,macamana ley kenal? macam tu aku tak boleh keluar dengan kau dah lah,ingat kau single lagi,huhu
P: dia dak poli aku dulu..
L: Oww yeala..
P: huhu,gitu la..
L: Semoga berbahagia la yea.bley aku makan nasi minyak..
P: Amin..moga-moga..
L: Aku jew yang tercari-cari lagi,haha
P: Haha,cari jangan tak cari..
L: taknak la biar orang cari aku,haha (what the lutut?)
P: Haha..
L: Dah la banyak duit abis,huhu..
P: asal lak wei..
L: yeala yang dulu aku banyak gila abih duit,tup tup dia bosan dengan aku,tu yg sampai sekarang aku tak percaya dengan perempuan.. (what the batu?)
P: Biar jela weii,lenkali carefully!relax ah wei,aku lagi tak percaya dengan laki,so sekarang aku pertahankan diri aku ..belajar dari pengalaman (woiiiiiii,ko tak paham ke ayat ni aku tuju kat kau?bangang lah kau ni)
L: Tapi aku dah ada jugak pon..cuma tatau nak pilih yang mana
P: oo,ok letew..
L: haha!tapi banyak sangat..
P: Lol..
L: Ramai sangat nak aku..
P: so?
L: Entah la aku pon tatau nak pilih yang mana satu.. (weiiiii,bangang poyo nak mampus)
P: Relax derr,jangan gopoh!
L:ok


tamat di situ (penat dohh menaip natang ni,macam bangang je aku rasa kali ni) hurmmmm,ni sebenarnya conversation antara aku dengan ex aku.. pahal wei,tetiba duk buat kalut nak jumpa aku pahal! nak kutip balik? oh,aku bukan sampah derrr..


sorry,kalau kau terbaca aku punya ni,firstly aku nak minta maaf,sebab aku bengang dengan sifat kau..baru ko tau kan macamana orang kena tinggal..macam tu jugak lah aku woiii,dulu aku sayang kau,tapi..kau tipu aku,main dengan gadis ayu lain..aku pon lepas jela,ni pon nasib aku sudi kawan dengan kau,kalau tak sorry derr... weiiii,4 tahun kot aku sayang kot,tapi perangai ko macam haram kan,ops!


bab dating tu?pakwe aku tu?sorry la derr,aku terpaksa tipu, sebab aku tau ko nak kutip aku balik kan? (bapak ah dia ni,ingat aku apa?tong gas kosong?) dah la,makin aku tulis makin aku bara,haha... so ampa rasa cerita ni ada kena mengena dengan sapa tak?muahahahaha...(yeye je aku tulis kat perenggan atas sekali bahawa cerita ni tiada kaitan dengan siapa,haktuih la,huhu)


okay,saya geram...cool onie cool..kata gadis ayu,gadis sopan santun,sila jaga adab anda onie.. (okay-okay, amik wudhuk sat,huhu)
sekian~


p/s: aku paling benci sikap lelaki yang tergopoh gapah,apa ingat aku kisah sangat la lu ramai yang nak?sikit pon tarak heran sama lu la bhai ...

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Tips Cinta – Bagaimana ingin tahu petanda dia adalah jodoh anda

Assalamualaikum semua, ya dah lama tak publish tentang cinta kan, disebabkan masing-masing mempunyai kekangan masa ..harini baru berkesempatan untuk publish, maaf ye terlambat,oh yaa..ini adalah artikel kedua dari ZAIRI FAIEZIL ,artikel pertama di sini.. ini adalah tips cinta khas untuk remaja ke remaja.. harap tips ini menjadi reference pada onie dah juga kalian semua ..insyaAllah

Tips Cinta – Bagaimana ingin tahu petanda dia adalah jodoh anda

Sebenarnya anda harus terima seadanya jodoh dan pertemuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Persoalannya disini bagaimana anda ingin mengetahui dia adalah benar-benar jodoh yang telah ditakdirkan dalam hidup anda?


Anda perlu tahu Allah s.w.t telah mengurniakan manusia pancaindera yang membolehkan anda mengetahui segala perkara yang berlaku didalam diri anda seperti mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, akal untuk berfikir, teliga untuk mendengar dan sebagainya. Bagi mengungkapkan setiap hubungan cinta yang telah ditakdirkan untuk anda hanya dengan merasakan sifat emosi, spiritual dan bentuk gaya fizikal yang dipersembahkan oleh pasangan anda.

Sebagai contoh, anda akan merasai segala kenikmatan, kemanisan cinta serta saling perlu memerlukan antara satu sama lain apabila anda bersama-sama denganya. Selain itu anda akan merasakan hidup dan jiwa anda kosong seumpama anda membayangkan dirinya sentiasa mendampingi anda setiap masa.

Saya pasti anda masih belum memahami apa yang saya terangkan diatas. Baiklah disini saya akan kongsikan kepada anda 3 RAHSIA atau petanda dia adalah jodoh kita –

  • Saling mempercayai antara satu sama lain

Cuba anda fikirkan setiap manusia mempunyai rahsia masing-masing dan kadang-kadang ia juga perlu dikongsikan bersama dan pasti mencari rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia tersebut dan selalunya akan mencari orang yang tersayang dalam hidupnya. Disitulah bukti cinta sejati dan dialah jodoh yang telah ditakdirkan kerana terbitnya sikap “mempercayai”.


  • Terima anda seadanya

Ramai diantara kita yang tahu akan perkara ini tetapi tidak diendahkan. Ya! tidak kira apa juga kisah silam atau siapa anda sebelum ini pasti dia tidak ambil peduli yang penting dia ingin tahu siapa diri anda sekarang dan tujuan hubungan cinta ini dibina.


  • Sikap bersahaja

Cuba anda perhatikan perwatakanya dari segi percakapan, berpakaian, berjalan dan ketawa, adakah dia melakukan secara real atau sekadar berlakon semata-mata dihadapan anda. Jika ia bersikap sekadar lakonan pasti dia mungkin bukan jodoh kita.

Bayangkan dihadapan anda boleh berlakon apatah lagi dibelakang anda? Tepuk dada tanyalah hati.

Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapatlah anda tahu akan ketentuan jodoh yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t tetapi ingat CINTA bukan datang secara bergolek ia perlu di usaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Penulis – Zairi Faiezil ( Pakar Masalah Cinta )

Biodota : Pengasas Blog Cinta Oh Cinta ini mempunyai pengalaman dan liku-liku percintaan yang luas dalam hidupnya dan ia banyak dikongsikan dalam beberapa topik seperti Tip Cinta, Masalah Cinta, Kuliah Cinta dan Motivasi Cinta di dalam blognya.


Sekian~


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

09 October 2011

wei,blog aku?

Assalamualaikum semuaaaa! mak aiiii,ente rindu sama kalian.. 4 hari tak bw,4 hari tak update isi mengandung,4 hari tak komen komen kalian punya entri,4 hari aku tak mandi,okay yang tak mandi aku tipu! sekian~



mai sat nak bisik kat ampa weiiii, ampa tengok dak g blog aku ni?ada orang hack! ehhh! salah..ada orang menukangggg, hari ni 9/10/2011 blog aku sudah ditukang oleh seorang jejaka malaya iaitu azrin rahim,okay terima kasih sangat ayie! (nama manja dia letew,haha) tak sangka! sebab harini aku kerja and aku tak bawak laptop ..bapak ah,ahad pon keje,mesti ampa nak buat ayat gini kan?please ah wei..aku nak cari duit bayaq kambinghini aku,kahkahkah *over*


sekali lagi terima kasih buat azrin rahim kerna betungkuih lumuih menukang blog mocik onie ni,hehe..okay,sape yang nak kenal lebih dokat lagi sila la klik azrin rahim ^_^


smart dak misai aku? lalalala..


KENAPA MOCIK ONIE?KENAPA TAK MOCIK MEAW?

di sini aku nak habaq kat ampa semua *via speaker dewan JKKKKampung* yang aku sudah menjadi mocik onie,aku nak buang jauh-jauh nama 'meaw' tu..banyak makna tersirat dan tersurat semasa aku menggunakan nama 'meaw' tu.. and sekarang silalah panggil aku mocik onie kerna aku *okay sila cek kat sidebar hat kata aluan dari penaja,gambaq tu aku still guna yang tu,biaq takdak yang lupa bahawa mocik onie tu adalah mocik meaw,sekian~*


SIAPA YANG MENUKANG BLOG AKU?


KENAPA AKU TUKANG BLOG AKU?

ohhh! aku memang dah lama gila kot nak tukang blog aku kasi jadi cantik secantik ampa punya,errr (perlu bangga,sebab aku bangga blog aku dah cantik sekarang ni,haha)


BILA DITUKANG?
9/10/2011 (sampai hati ko kan ayie tak kasi tau sama onie dulu, memang surprise gila,suka!)

SIAP ADA BANNER LAGI?
tak sangka juga ayie sudi nak buatkan banner untuk onie,okay banner memang cantik! kita suka( eh,jangan lupa lah amik nah tempek kat blog ampa,hehe).. and yang pasti,sesi menukang ni semuanya free! tanpa hulur duit,free?ye laa,hari tu aku ada masuk segmen ke apa ek?and blog aku terpilih,alhamdulillah dah jadi secantik sekarang,hehe..

UCAPAN DARI MOCIK ONIE?
onie berharap,ampa jangan lupa dengan nama 'mocik meaw' haha...panggil ah aku mocik onie mulai sekarang ..okay,sekian,haha!


Sekarang mood blogging aku dah bercambah balik!go onie go! header tu sapik hok buat,aku suka header hok simple,tengs jugak sapik,nak header sila terjah blog sapik !

sekian~
p/s:esok aku tumbuk blog ampa,malam ni dok dang ,rindu ampa weiiiiiiii!

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

05 October 2011

Tak sabar tunggu kambinghini..

Assalamualaikum semua ! waduhhh,malas sekali nak update,tapi aku rasa macam rajin sikit kot,sikit je..tak banyak...cerita aku dari bangun tidur sampai la sekarang ni,okay focus ur mind yahh,lalalalala~


BANGUN JE DARI TIDUR:-

"kaklong pegi siap harini nak g tengok kambinghini tak?" kata apak aku..
"haaa?harini?sekarang ke nak pegi?"
"yelaaa,g mandi cepat"

okay,time aku duk mandi memang aku happy gila kot, yelah!bangun-bangun tidur apak aku ajak p tengok kambinghini,opsss!bukak ajak je, ofkos la tengok dan beli ye dak,haha!


aku pegi tengok kambinghini dekat meru,yelah..tu je lah paling dekat dengan rumah aku..so,aku ke meru tonggang moto dengan apak aku,macam kapel-kapel gitu..okay dah sampai tempat tu aku terus usha nak yang mana..and okay! aku dah dapat yang aku kenan, yihuuu! tapii,nak bank statement lakdah,dengan aku tak bawak buku akaun..huhu..


apalagi,dari setia alam (pegi bank kat setia alam sebab bank kat meru blackout,bapak sedih gila,haha) balik ke puncak semata-mata nak amik buku akaun,kalau boleh nak setel harini jugak,and dah sampai kat puncak alam hujannnnnnnnnnnnnnnn,haha!terbaik gila kot,dengan naik moto tak bawak baju hujan,haha!bapak aku pon singgah kat satu kedai,pastu orang kat situ duk usha pelik,dia ingat kapel kot,haha! kesiannnn~


dah sampai puncak, cepat-cepat naik rumah (maklum lah apartment,tu yg kena naik,haha) ambik buku akaun, pastu naik kereta..naik kereta?tanpa pengetahuan bapak aku,aku bawak je budak kecik ni,haha....


ni lah budak kecik tu ....sampai je kedai tu,haha!cina tu kena tipu dengan aku sebab aku ngaku yang ni adik aku,aku cakap,mak aku minum soya masa pregnantkan budak ni,okay..dengan muka tak bersalah aku g tengok kambinghini aku,haha



oh ya! abaikan minah tu,budak jakun mang gitu,lalala...gambar atas tu bukan kambinghini yang aku maksudkan,tapi nanti lah aku tempek kat blog aku ni haa,aku buh kat atas sekaliiiiiii,boleh?haha.. disebabkan aku baru berkerije 3 bulan pacuan 2 roda je aku mampu,mula tu nak amik pacuan 4 roda terus,tapi aku takut aku tak ley lunaskan pembayaran tu..and next year aku nak further study .. so,kambinghini 2 roda dulu aku mampu, weiiii...semua aku bayar tau (down payment je bapak aku bayar,lalaalalala)


okay tu jela aku nak cerita,tak sabaq tunggu kambinghini keluaq,harap-harap lulus segalanya,huhu..

.........................................................................

balik je rumah terus online, haa elok lah tu,mana tak kena beletiaq hari-hari dengan omak den,haha! so,aku online lahhhhh...login twitter,login emai,login blog,login pencilbook,login nuffnang! and kat nuffnang aku terus tengok tang refferal..okay aku terkejut, asal lak ramai visitor dari blog fatin suhana,okay... aku klik and ohhhh,patutlahhh...terima kasih fatin suhana! nak tau padia,mai picit kekuat kat sini...

sekian berita melaporkan dari opis kedua~

p/s: tunggu nak makeover blog dengan tips yang aku cakap tu,hahahaa :P


dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

04 October 2011

tips kesihatan dan kecantikan..

Assalamualaikum semua,semalam jam 2:52pagi (selasa) baru aku jumpa katil ..bapak lambat gila aku tidur, ni bangun pagi pon kefale fening,huhu..semalam aku duk syok layan bbideoo hamis jalikha...tak sangka contest dream girls tu hamis jalikha berusia 17,pehh! she looks matured! kalah aku beb...okay aku merapu,haha!



tajuk kat atas tu acecececey,tak ley blah kan, macam nak jadi dr.rozmey yang duk angkat ibu jari pastu genggam 4 jari lagi tu,haha...(kalau dia baca aku tatau,aku taknak ngaku ,haha)


tips kesihatan dan kecantikan:-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

coming soon.. babai,haha

p/s: ampa layan je la noh, nak lakuin kerjaan lagi,babai

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

03 October 2011

student uitm shah alam...

Assalamualaikum wbt..semalam memang tahap jebon penatnya, dah katup cerita pasal tu...makin penat kang kalau aku duk cerita lagi,hahaha! and aku rasa harini nak tidur taknak bangun-bangun dah ampa tau! sebab apa?sebab aku mimpi aku kahwin beb! gila gempak..meh nak cerita,haha!

  • mula ada dua orang laki datang nak jumpa aku,tapi time tu aku tidoq dah,dalam tidoq tu aku dengaq la yang depa datang nak jumpa aku sebab dah lama depa usha aku..(bapak geli ah aku nak baca balik ayat aku ni,haha)
  • tup tup kenai punya kenai ..aku kawen! pehhh,romantik gila beb.. (lagi sekali aku geli nak baca ayat aku,kahkahkahkah)
bayangkan aku loncat gini,krohhhhh~

syok baq ang weiii,tak penah kot nak dapat mimpi se-heaven tu,haha! terima kasih mimpi mainan tidoq,haha! (maappppp,aku tak tahwan lagi sekali,hahaha)


okay,lari tajuk dah wei,haha! sapa join mende alah ni? kasi tau sama aku lah nahhh, aku p kot,sebab dapat tiket free dari fatin suhana,haha! kebetulan pulak dekat uitm shah alam,dekat je dengan rumah aku,err..dekat ke?aku puncak alam event tu kat shah alam..dekat lah kot naa,haha!

okay sekian,lalalalalala~

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

01 October 2011

Open house ..

Assalamualaikum semua..hai cheq ada ni,cheq tak katup pon blog,cheq katup untuk tidoq ja pon,hahaha! jangan la begitu, i sayang gila kot blog ni, dah macam marka i baq ang..hahaha! dah-dah,sat g tak nak dah buat macam semalam.. macam nak penampaq kan?haha! okay,i janji tak vuat vegitu dah..PEACE ^_^V

Vintage
i suka gambaq ni so i nak buh, jangan duk tanya lagi,gambaq ni mang takdak kaitan,haha


Di sini saya bernama Siti Auni Afifah Bt Ghazali ingin menjemput kalian ke rumah saya kerna ada rumah terbukak pada hari esok iaitu hari ahad bersamaan 2/10/2011 dan sempena menyambut kek hari jadi adik saya.. *serius*


Jika anda berminat bolehlah menghubungi saya terus di sini atau di facebook saya..

location:puncak alam (hujung dunia+hulu,haha)
time:malam lah kalau boleh,sebab hari ahad aku kerja..

tak besaq pon buat,biasa-biasa je buat :)

Sekian~



dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

Terpaksa...



AKU NAK KATUP BLOG,SEKIAN..

fullstop
fullstop
fullstop
fullstop
fullstop
fullstop
fullstop

dah singgah,singgah la lagi noh,hehe