Assalamualaikum wbt sahabat, aku tatau kenapa dengan diriku semakin hari semakin lagha,semakin terasa jauh dengan Allah swt, aku rasa aku terlalu kerdil bila aku melihat video daripada
kak wardina saffiyah tentang kisah hidupnya..aku pasti sudah ramai melihat kisah kak wardina kan,terkesima mendengar kisahnya..
KALAU BOLEH BACA LA SAMPAI HABIS,SAMA-SAMA KITA HAYATI..
maaf,entri ni tiada gambar..tetapi biarlah aku meluahkan apa yang aku rasa, serius aku sangat kagum dengan perubahan diri kak wardina....
apa yang aku dapat daripada kisah kak wardina:-
- semakin besar,semakin bingung dengan identiti sendiri...
- pengaruh persekitaran...walaupun kak wardina tak dapat menonton tv,tetapi ayahnya beri peluang untuk membaca..dan semakin besar,kak wardina semakin mencari identitinya dan membaca buku remaja barat, sejak daripada tu kak wardina mencari mencari identiti sebenarnya...
meaw tersentuh pabila kak wardina menceritakan pengalamannya semasa dimekah.. bayangkan kak wardina di sana dan meaw sedang memerhatikan dan mendengar cerita ini,turut bercucuran air mata, mungkin hati merelakan untuk melakukan perubahan..
'dari diri kak wardina, dia cuba perkukuhkan solatnya dahulu sebelum yang lain, kalau kita faham apa yang kita baca dalam solat tu sampai tiap-tiap hari pon boleh nangis...'
'menzahirkan cinta kepada Allah dan memperbaiki solatnya dahulu dan salah satunya menzahirkan melalui pemakaian kerana orang akan menilai diri kita melalui pemakaian kita...'
'doa ibu itu adalah doa paling mujarab...'
'apa yang orang susah tempuhi memang kesian,tetapi jangan sampai situ je,sepatutnya kita ambil pengajaran dan belajar dari situ...'
'apabila kita cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah kita kena berkawan dengan orang yang baik...'
berkali-kali aku cuba untuk replay kisah ini, aku cuba untuk serapkan dalam minda dan hati aku..tetapi perlu dari mana? aku semakin keliru dengan diri aku, kadang-kadang aku terlalu lagha dengan kehidupan duniawi ku..aku tau,mana letaknya diriku..bukan mudah untuk menjadi seorang yang mantap agamanya,tetapi perlu bermula dari mana? aku bingung...
aku tahu keluargaku bukan dalam kalangan yang senang, aku kadang-kadang fikir,macamana aku nak handle adik-adik aku,kenapa aku tak peturun ilmu agama yang serba ada padaku pada mereka?kenapa? ya Allah, kakak apakah aku? bukankah itu satu tanggungjawab dalam diriku sebagai seorang anak sulung?
abah umi, kaklong sedang berusaha untuk perbetulkan keadaan ini, mungkin bukan pada waktu terdekat ni,mungkin makan masa sedikit....
entah,aku tak sanggup untuk meneruskan lagi ... semakin aku luah semakin sebak,serius aku menaip dalam keadaan tak stabil, dan aku menaip sambil play video kak wardina...aku jatuh cinta dengan kisahnya...semakin aku dengar luahan kak wardina semakin air mata aku tak henti dari keluar, maaf aku beritahu bukan untuk simpati..tapi cubalah korang dengar sendiri..baik lelaki atau perempuan..
aku akan serapkan dalam diri aku, dan video kak wardina akan aku jadikan sebagai motivate pada diriku..insyaAllah...
maaf,entri ni aku perlu penghayatan yang lebih,time bergurau bergurau,time serius perlulah serius, banyak pengajaran yang perlu belajar dari kisah kak wardina..insyaAllah...semakin aku dengar,semakin menjadi pembakar semangat ku...
dan akhir sekali andai saya terkasar bahasa atau terguris mana-mana pihak,maafkan saya..ini adalah penghayatan kita bersama...
Assalamualaikum
p/s: jadikan lah cerita kak wardina sebagai iktibar kita semua..
dah singgah,singgah la lagi noh,hehe