Ruang iklan berbayar,berminat? klik sini

26 September 2010

penggantian gigi tiruan

ouh my gosh ! cari info pasai asignment tetiba jumpa benda alah nie kat blog nyh....omaigosh! memang meaw nak buat gigi...lepas baca benda alah nie jadi ngeri pulak....ouh tidak !

















PANJANG implan menyamai akar gigi asal. Implan dibuat daripada titanium, boleh sebati dengan tulang dan berfungsi sebagai penambat gigi.

PERNAHKAH anda terfikir untuk menanam gigi baru bagi menggantikan gigi yang rosak? Tidak kira sama ada kerosakan itu disebabkan kemalangan atau penyakit, inovasi bidang pergigian menjanjikan anda boleh memiliki senyuman menawan dengan susunan gigi yang sempurna.

Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah, berkata implan gigi bukanlah kaedah baru, sebaliknya ia sudah diperkenalkan sejak 1960an.

Beliau berkata, implan gigi bermaksud penggantian akar gigi tiruan dan ia dirintis oleh Prof Per-Ingvar Brånemark dari Sweden.

Katanya, Brånemark mendapati implan yang dibuat daripada titanium boleh sebati dengan tulang dan berfungsi sebagai penambat untuk gigi.

"Titanium yang bertindak sebagai implan dimasukkan ke dalam tulang gusi. Kini asas penciptaan Brånemark diperbaharui dan terdapat pelbagai jenis implan gigi yang boleh dipilih oleh pesakit," katanya.



LUBANG implan selepas gigi dicabut (gambar kiri). PROSES penanaman implan.



Berbanding dengan alternatif rawatan pergigian yang lain, implan gigi lebih kuat dan lasak. Ia juga berfungsi hampir menyamai gigi asal. Oleh itu, ia adalah jawapan kepada masalah kehilangan gigi kekal.

Dr Firdaus berkata, implan bukan saja boleh dipasang secara sendiri tetapi ia juga digunakan sebagai sokongan kepada kaedah pergigian terdahulu seperti jejambat gigi (bridge) atau bertindak menambah kestabilan gigi.

Selain itu, katanya ia juga boleh berfungsi mengurangkan masalah tisu gusi.

"Ada beberapa jenis implan dan antara yang popular ialah implan menyerupai akar (root shape implant) dan implan satu keping (one-piece implant)," katanya.



IMPLAN yang sudah ditanam, tetapi belum dipasangkan gigi (gambar kiri). GIGI selepas proses implan.


Dr Firdaus berkata, implan gigi tidak sama dengan gigi palsu, sebaliknya, implan yang diperbuat daripada titanium bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat daripada porselin dilekatkan di atasnya.

Katanya, selain bergantung kepada keadaan gigi pesakit dan kekuatan tulang bawah gusi, ada kalanya proses meletakkan implan dan gigi dilakukan beberapa bulan atau hari selepas gigi dicabut.

Selepas implan ditanam, katanya pemasangan gigi akan dibuat beberapa ketika selepas itu dan sekali lagi ia bergantung pada kekuatan tulang bawah gusi pesakit.

Bagaimanapun, Dr Firdaus berkata, bagi pesakit yang memiliki tulang bawah gusi yang kuat, prosedur membabitkan penanaman dan pemasangan implan dan gigi dengan kadar segera boleh dilakukan. Kaedah ini dikenali sebagai implan pasang segera (immediate loading procedure).

Secara umum, pada peringkat antarabangsa, ada beberapa tempoh masa diberikan bagi menanam implan selepas gigi dicabut. Antaranya:

  • Implan pasang segera selepas gigi dicabut

  • Pemasangan implan yang tertunda selepas gigi dicabut (Delayed immediate post-extraction implant placement) yang memakan masa antara dua minggu atau tiga bulan selepas dicabut.

  • Pemasangan implan lewat (tiga bulan selepas dicabut)

    Pesakit kadang kala tidak mahu menunggu lama untuk memasang implan selepas gigi dicabut, justeru implan pasang segera menjadi pilihan.

    Prosedur ini membolehkan implan ditanam dan gigi terus diletakkan di atas. Prosedur ini banyak bergantung kepada beberapa faktor antaranya tulang gusi yang kuat untuk menampung implan dan porselin. Jika tulang gusi tidak kuat, ia tidak boleh dilakukan.

    Dr Firdaus berkata, tulang bawah gusi berfungsi untuk memegang implan dan jika tidak kuat atau nipis, ia tidak boleh menampung porselin sekali gus menyebabkan pecah.

    "Kalau tulang bawah gusi memang tidak kuat, ia diperbaiki dengan menambah kekuatan tulang menggunakan tulang sintetik yang diambil daripada rahang atau pinggang pesakit," katanya.

    Bagaimanapun, katanya bukan semua gigi boleh diganti dengan implan pasang segera. Hanya gigi yang tidak memiliki gigitan yang kuat contohnya gigi depan saja boleh melalui prosedur ini.

    Katanya, prosedur penanaman implan tidak terhad kepada satu gigi saja. Malah, seseorang itu boleh memasang sehingga 11 implan dalam satu masa.

    "Implan memiliki kekuatan yang sama dengan gigi asal. Ia boleh bertahan lama selagi kita menjaganya seperti mana penjagaan gigi biasa. Plak juga tidak mudah lekat kerana ia diperbuat daripada porselin, jadi ia licin," katanya.

    Dr Firdaus berkata, jika hanya satu batang gigi saja yang ingin diganti, prosedur implan satu keping menjadi pilihan.

    "Biasanya, implan ini dipasang jika hanya satu batang gigi saja yang rosak atau ia berulang kali berlubang yang tidak boleh dibetulkan atau gigi hanya tinggal tunggul. Selalunya, prosedur ini menjadi pilihan mereka yang kemalangan jalan raya atau mengalami rahang pecah,"

    Mengenali proses implan

  • Diagnos atau imbasan seluruh gigi perlu dibuat bagi mendapatkan ukuran. Ini bagi mendapatkan ukuran panjang implan yang akan ditanam. Panjang implan adalah berdasarkan panjang akar gigi yang akan diganti. Biasanya akar gigi orang dewasa adalah antara lapan hingga 15 milimeter (mm) dengan lebar antara 3.3 mm hingga 6 mm.

  • Pesakit akan dibius menggunakan jenis bius setempat dan prosedur memasukkan implan mengambil masa 10 minit. Proses ini tidak menyakitkan. sementara gigi belum dipasang, satu alat khas dipasang bagi menutup permukaan implan. Gigi (crown) akan diletakkan di atas implan dalam masa dua bulan setengah (minimum).

    Kekurangan alternatif lain selain implan

  • Secara tradisionalnya kehilangan gigi akan digantikan dengan gigi palsu. Bagaimanapun, gigi palsu tidak membolehkan pemakainya menggigit dengan kuat, mudah patah dan pecah.

    Satu lagi rutin gigi palsu yang mesti dipatuhi, ia perlu dibuka sebelum tidur bagi mengelak jangkitan.

  • Selain gigi palsu, alternatif yang ada adalah jejambat gigi (bridge) masalahnya, gigi di sebelah kiri dan kanan perlu dibetulkan bagi memudahkan proses menyangkut bridge. Masalahnya gigi yang elok juga perlu dipotong.

    INFO: Siapa yang boleh menggunakan implan gigi?

    Secara umum, mereka yang boleh memilih prosedur ini adalah;

  • Kehilangan sebatang atau lebih gigi.

  • Memiliki tulang bawah gusi yang kuat atau boleh melakukan prosedur graft tulang.

  • Berhadapan dengan trauma yang menyebabkan gigi rosak, patah atau mengalami penyakit kekurangan gigi sejak lahir (hypodontia)

  • Memiliki tisu mulut yang sihat

  • Tidak berhadapan dengan masalah kesihatan yang boleh mengugat proses penyembuhan tulang.

  • dah singgah,singgah la lagi noh,hehe

    04 September 2010

    potong kuku sunah nabi




    Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

    sunnah nabi jarang nak ikut ..

    Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
    dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
    khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
    yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
    kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

    The Truth

    Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
    hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
    berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
    membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
    menggunakan tangan untuk beristinjak.

    Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
    bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
    kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
    seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
    dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
    ke dalam kepala.

    Percayalah.

    Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
    mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
    lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

    Additional info

    Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
    najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
    walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
    berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
    tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

    Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
    bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
    Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
    cincin pakailah di jari

    1] jari manis
    2] jari kelingking (anak jari)


    dan jangan memakai pada jari
    1] jari tengah
    2] jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
    telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
    dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

    Perhatian

    Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

    p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

    DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

    ((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

    لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

    Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

    wallahu a'lam.

    dah singgah,singgah la lagi noh,hehe